Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Taja Bekas Guru Tunai Umrah Guna Duit Peribadi

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong menaja bekas guru sekolah rendahnya yang dikenali sebagai Cikgu Zaniyah dan suami Pak Johari bersama anak-anak mereka menunaikan umrah.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Steven memaklumkan dirinya bergegas ke lapangan terbang sebelum Subuh untuk membuat kejutan kepada keluarga tersebut.

“Bangun sebelum subuh, pergi lapangan terbang kasi kejutan kat Cikgu Zaniyah.
“Cikgu tak tahu saya akan datang ke lapangan terbang untuk menghantar mereka. Saya tak bagitahu sebab nak bagi kejutan kat cikgu,” katanya awal pagi semalam.

Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, tajaan umrah tersebut menggunakan duit peribadi bertujuan bagi menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidupnya.

“Bulan Februari lalu, saya janji nak taja guru darjah satu saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya Pak Johari untuk menunaikan umrah.
“Ini saya pakai duit sendiri sebagai menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidup saya, bukan pakai duit peruntukan kerajaan,” ujarnya.

https://www.facebook.com/StevenSimCK/posts/pfbid0vi7xZcnFDU2cXLX1bBMUTcayvKGxoGru2QF7cJU2iKRsYHsAzSbt9DH7zVhvSaJYl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memberitahu, meskipun agak kepenatan kerana perlu bangun seawal 4 pagi untuk bergegas ke lapangan terbang, namun kelesuan itu hilang selepas melihat senyuman pasangan terbabit.

“Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah Cikgu dan Pak Johari,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memohon agar Cikgu Zaniyah menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan serta mendoakan supaya mereka selamat pergi dan kembali dari Tanah Suci Makkah.

“Di Tanah Suci nanti, mohon cikgu halalkan segala ilmu yang diajar kepada Stecen dan doakan Steven diberi kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat.
“Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga dianugerahkan umrah yang mabrur,” katanya.

Terdahulu, Steven dilihat kerap menghulurkan bantuan kepada rakyat dalam kesusahan sehingga menjadi sorotan dan mendapat pujian daripada orang ramai.

Sumber: Facebook Steven Sim Chee Keong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Written By Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd