Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Maut Termasuk Bayi, Ibu Sempat Susukan Mangsa Sebelum Kemalangan

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Khamis sempat menyusukan anaknya sebelum kejadian berlaku.

Foto: Media sosial

Menurut laporan Buletin TV3, Afifah Abd Sukor, 30, mengakui dia tidak menyangka itu adalah detik terakhir dia dapat menatap wajah anak lelakinya Khabib Asad sebelum pergi meninggalkannya buat selamanya.

“Saya mula kerja pukul 8, pukul 7 dia bangun sempat menyusu badan lepas tu saya sempat bawa dia dekat laptop untuk mula kerja.
“Selepas itu, ibu ambil sebab takut ganggu kerja. Itulah kali terakhir saya melihat dia,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 di hospital, semalam.

Suaminya, Safwan Syarifuddin Sulaiman, 30, berkata pagi sebelum kejadian itu juga merupakan detik terakhir dia berpeluang menatap wajah anak sulung mereka.

“Pagi tadi bila saya bangun tidur, dia sempat senyum dan bermain. Lepas itu ibu (mentua) saya bawa dia keluar, itu adalah kali terakhir saya nampak dia,” ujarnya.

Foto: Buletin TV3

Pasangan itu turut berkongsi bahawa mereka sudah mula membuat persiapan Aidilfitri, termasuk membeli dua pasang baju raya untuk anak mereka.

“Saya beli baju raya dua pasang untuk anak saya. Memang berharap dapat beraya bersama sebab ayah dia (suami) pun baru balik dari London, jadi kita memang berharap dapat beraya bersama-sama pertama kali.
“Tapi kita tak jangka dia pergi dahulu daripada kita sekarang,” kata Afifah.

Foto: Media sosial

Bercerita mengenai insiden itu, Afifah berkata, dia menerima panggilan daripada ibunya Siti Zaleha Rashid, 60, yang memberitahu tentang kemalangan itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya dapat panggilan dari telefon mak saya, tapi orang lain yang bercakap dan beritahu mak saya kemalangan. Saya terus ke tempat kejadian.
“Setibanya di kawasan berdekatan Taska, keadaan sudah sesak dengan orang ramai tengok kereta remuk, ada seorang terbaring. Ketika itu, anak dan ayah telah dibawa ke klinik berhampiran oleh orang awam,” kongsinya.

Mereka dalam perjalanan hantar Khabib ke taska – Adik Afifah

Foto: FB Akbar Oblong

Terdahulu, media melaporkan tiga individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa.

Selain bayi tersebut, dua lagi maut ialah nenek kepada Afifah iaitu Halimah Mohd Ibrahim, 88, dan penunggang motosikal yang berusia 25 tahun.

Difahamkan sebelum kejadian, Halimah sedang memangku cucunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Zaleha sudah dibenarkan keluar hospital manakala suaminya Abd Shukor Yusof, 60, yang memandu kenderaan tersebut masih dirawat di Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Sungai Buloh.

Sumber: Buletin TV3 (Asyiha Ariffin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd