Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tidak Sihat, Park Bom 2NE1 Tinggalkan Pentas Sebelum Terima Bantuan Perubatan

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat.

Memetik laporan Koreaboo, ketika hari kedua konsert mereka, peminat mula risau apabila sosok Park Bom tidak kembali ke atas pentas semula bersama ahli yang lain sewaktu persembahan berlangsung.

Foto: Carian Google

Salah seorang anggota 2ne1, CL menyatakan bahawa Park Bom memang tidak sihat sebelum terbang ke sini lagi dan menyatakan bahawa dia mengutamakan kesihatan semua orang serta berharap peminat memahami keadaan penyanyi vokal kumpulan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Park Bom dah rasa tak sihat sejak dari semalam jadi, sila berikan dia ruang. Saya ingin mengutamakan kesihatan semua orang berbanding perkara lain. Saya harap peminat semua faham,” ujarnya.

YG Entertainment turut mengeluarkan kenyataan, memaklumkan tentang isu kesihatan Park Bom.

Menurut agensi, walaupun telah menerima rawatan perubatan kecemasan di lokasi konsert, keadaan Park Bom tidak bertambah baik dan malangnya dia tidak dapat kembali ke pentas untuk meneruskan konsert berkenaan.

Gcl3DRmWUAAqYVL

Foto: Live Nation PH

YG memohon maaf kepada penonton konsert dan memberi jaminan kepada peminat bahawa mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menyokong pemulihan Bom.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram @royalparkbom

Pada awalnya, penyanyi yang berusia 40 tahun itu juga terlepas beberapa persembahan pada malam pertama konsert, dijangka kerana isu pakaian bermasalah.

Namun, dia berjaya kembali ke pentas beberapa kali walaupun terpaksa ulang-alik pergi ke belakang tadbir kerana masalah kesihatan.

Terdahulu, 2NE1 akhirnya mengumumkan bahawa mereka bakal melabuhkan sayap ke Kuala Lumpur pada 1 Februari 2025 bagi jelajah Asia untuk “Welcome Back 2024-2025 Asia Tour!”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Koreaboo

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd