Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Keperluan PKP Buat Masa Ini Walaupun Lonjakan Kes Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi sidang media yang dibuat pada pukul 4.00 petang 18 Disember 2023 memaklumkan tiada keperluan PKP buat masa ini.

Diharap situasi dapat dilalui tanpa PKP

Menterinya,  Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tidak ada pertimbangan untuk melakukan sekatan atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilakukan kira-kira tiga tahun lalu.

“Kementerian kesihatan harap situasi ini dapat dilalui tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP.
“(Buat masa ini) kita tak cakap pasal PKP… untuk sekarang ini tak ada (rancangan untuk melaksana semula) PKP,” katanya pada sidang media mengenai situasi Covid-19,” ujarnya.

Tiada keperluan PKP, 5 stategi hadapi peningkatan

Difahamkan, sepanjang Minggu Epidemiologi 50 iaitu 10 hingga 16 Disember 2023 ini, sebanyak 20,696 kes baharu dilaporkan. Ia telah meningkat sebanyak 62% daripada jumlah minggu lepas.

Susulan daripada itu, KKM telah menggariskan lima  strategi untuk menghadapi peningkatan kes jangkitan virus itu tanpa mengulangi sekatan sepertimana mana dilalui ketika awal pandemik Covid-19 pada awal 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Strategi 1: Pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2
  • Strategi 2: Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek);
  • Strategi 3: Pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi
  • Strategi 4: Pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan;
  • Strategi 5: Pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera

Tiada keperluan PKP dinyatakan dalam sidang media

Perkara tersebut dinyatakan Dr Dzulkefly menerusi sidang media yang berlangsung di Putrajaya sebentar tadi dan dipancarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi KKM.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/1397617781171457/

Artikel lain: Arahan Dos Penggalak Ketiga Covid-19 Mungkin Akan Dikeluarkan – KKM

Terdahulu, pihak KKM menyatakan berkemungkinan bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan program imunasasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook KKM

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd