Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tersasul Sebut ‘Selat Trump’, Presiden AS Gesa Iran Buka Semula Selat Hormuz

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan Iran perlu membuka semula Selat Hormuz bagi membolehkan perjanjian damai dicapai, namun mencuri perhatian apabila tersasul menyebutnya sebagai ‘Selat Trump’.

Trump dakwa rundingan sedang berjalan, Iran pula nafikan

Memetik laporan daripada CNBC, Trump berkata rundingan sedang berjalan walaupun Iran menafikannya, selain mendakwa kepimpinan dan aset ketenteraan Tehran telah terjejas teruk susulan konflik yang berlarutan hampir sebulan.

“Kami sedang berunding sekarang, dan adalah bagus jika kami boleh melakukan sesuatu, tetapi mereka perlu membukanya (Selat Hormuz),” kata Trump pada forum pelaburan FII Priority yang disokong Arab Saudi di Miami.
“Mereka perlu membuka Selat Trump, maksud saya Selat Hormuz. Maafkan saya, saya minta maaf. Kesilapan yang teruk,” katanya.

Yakin diri tak silap

Beliau menambah, media akan menyerang komen itu tetapi kemudian menambah ‘Tiada apa yang silap dengan diri saya, tidak terlalu banyak.’

Dalam masa sama, beliau turut mengulangi dakwaan bahawa Iran bersedia mencapai perjanjian walaupun dinafikan Tehran, ketika konflik Asia Barat terus menjejaskan laluan minyak utama dunia dengan hampir keseluruhan penghantaran terhenti dan harga tenaga melonjak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Trump Dakwa Pernah ‘Ditawarkan’ Jawatan Pemimpin Tertinggi Iran

Terdahulu, laluan strategik itu yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak global menjadi tumpuan apabila sekatan dan ketegangan ketenteraan menyebabkan pergerakan kapal tangki terjejas teruk.

Trump juga sebelum ini pernah mencadangkan penamaan semula beberapa lokasi lain termasuk Teluk Mexico dan institusi di Washington, sekali gus menjadikan kenyataan terbaharunya terus mengundang perhatian ramai.

Sumber: CNBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd