Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Terlibat Konspirasi Pelaburan Syiling, Suami Sung Yu-ri Dilapor Berdepan Hukuman Penjara 7 Tahun

Suami pelakon dan bekas anggota penyanyi kumpulan Fin.K.L Korea, Sung Yu-ri, iaitu Ahn Sung Hyun dilaporkan menghadapi hukuman penjara tujuh tahun kerana penipuan dan konspirasi melibatkan pelaburan mata wang syiling secara maya.

Menurut laporan Allkpop, pada 31 Oktober lalu, pendakwa menuntut hukuman penjara untuk Ahn Sung Hyun selama sidang hukuman yang diadakan di Pengadilan Distrik Selatan Seoul.

Foto: Carian Google

Selain itu, pendakwa juga menuntut denda sebesar dua bilion won, penyitaan dua jam tangan mewah, dan biaya tambahan sebesar 1.5 bilion won.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas CEO Bithumb Holdings Lee Sang Jun turut didakwa, menghadapi hukuman penjara selama lima tahun, penyitaan sebanyak 30.5 juta won dan bayaran tambahan sebanyak 1.525 bilion won.

Foto: CrytoRank

Ahn Sung Hyun dan bekas CEO tersebut dituduh menerima puluhan bilion won daripada ahli perniagaan Kang Jong Hyun antara September dan November 2021 sebagai balasan untuk memudahkan penyenaraian syiling “A” di bursa Bithumb.

Menurut pendakwa, kedua-duanya menerima tiga bilion won dalam bentuk tunai, dua jam tangan mewah bernilai 400 juta won dan kad keahlian untuk restoran mewah bernilai 11.5 juta won daripada Kang dan Song, seorang pegawai dari syarikat penerbitan syiling.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: News 1

Selain itu, Ahn Sung Hyun juga dituduh menipu Kang dengan mendakwa bahawa Lee meminta pembayaran sebanyak dua bilion won secara mendesak, menyebabkan beliau menyalahgunakan tambahan 2 bilion won (melanggar Akta Jenayah Ekonomi Khusus dan penipuan).

Ahn Sung Hyun dan Lee didakwa tanpa jaminan pada 8 September tahun lalu. Mahkamah telah dijadualkan untuk mengumumkan keputusan pada 26 Disember.

Foto: Rilis ID

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Ahn Sung Hyun memulakan kerjaya sebagai pemain golf profesional pada tahun 2005 dan berkahwin dengan Sung Yuri pada tahun 2017.

Mereka mempunyai dua anak perempuan kembar.

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd