Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terlalu Banyak Pusat Beli-Belah, GSC Bakal Tutup Lebih Banyak Pawagam

Golden Screen Cinema (GSC) Sdn Bhd bersedia untuk menutup lokasi tambahan tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan penyatuan strategiknya yang bertujuan mengoptimumkan kecekapan operasi di seluruh panggung di kawasan bertumpuan.

Memetik laporan New Straits Times, Ketua Pegawai Eksekutif, Koh Mei Lee berkata, langkah ini didorong oleh kepadatan pusat beli-belah, khususnya di Lembah Klang dimana pengunjung mempunyai akses banyak kepada pilihan hiburan.

Foto: GSC Cinema

“Ini mengakibatkan penutupan pawagam lama di pusat membeli-belah yang kurang mendapat sambutan dan orang ramai rata-ratanya mengutamakan lokasi pawagam baharu berhampiran, seperti GSC LaLaport BBCC.
“Manakala yang berada dalam persekitaran GSC Berjaya Times Square yang kini ditutup.
“Inisiatif ini juga akan membolehkan kru kami dapat memberi tumpuan kepada lokasi strategik dengan kedatangan penonton lebih tinggi,” katanya.

Foto: GSC Cinema

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, mengenai landskap hiburan yang berkembang, Koh menyatakan bahawa perkhidmatan penstriman dan pawagam wujud bersama, masing-masing menawarkan faedah berbeza kepada penonton.

Walaupun perkhidmatan penstriman hiburan turut tersedia di rumah, namun menonton filem pada skrin besar dapat memberikan pengalaman yang lebih mengasyikkan namun dinamik ini tidak menimbulkan cabaran utama kepada syarikat.

“Cabaran seluruh industri baru-baru ini, seperti mogok penulis Hollywood tahun lalu yang menghentikan pengeluaran kandungan baharu dan menangguhkan filem blockbuster utama Hollywood selama-lamanya, secara tidak langsung menjejaskan industri dalam jangka pendek hingga sederhana.
“Oleh itu, kekurangan kandungan baharu dan berkualiti dari Hollywood telah menjejaskan kemasukan tontonan pawagam secara keseluruhan,” ujarnya.

Walaupun begitu, dia menjelaskan bahawa ini dapat memberi peluang kepada GSC untuk membawakan barisan filem serantau dan tempatan yang lebih kukuh, sejajar dengan komitmen mereka bagi mengukuhkan landskap filem tempatan.

Sumber: New Straits Times (Azanis Shahila Aman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd