Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Terima Kasih Sebab Pernah Hadir Dalam Rahim Mommy, Penghuni Syurga” – Ibu Zayn

Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan maut dibunuh pada 6 Disember lalu iaitu Ismanira Abdul Manaf meluahkan kata-kata penghargaan buat arwah anaknya itu mengundang rasa sebak ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ismanira di laman TikToknya, dia menzahirkan ucapan terima kasih buat arwah anak lelakinya itu kerana memberinya peluang untuk menjadi seorang ibu.

Ibu Zayn

@izzmanaf_

Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah 🤍

♬ original sound – umai – umai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:Gara-Gara Kes Adik Zayn Rayyan, Harga Rumah Di Apartment Idaman Meningkat?

Dalam video tersebut, Ismanira berkongsi kenangan bersama anak sulungnya itu yang dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang sangat ceria.

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Ismanira memaklumkan mereka sekeluarga keluar bersama Allahyarman pada 4 Disember lalu yang juga merupakan detik terakhir membawa Zayn bersiar-siar sebelum kehilangannya.

“Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember, ini kali terakhir mommy dan daddy dapat bawa abang jalan-jalan. 
“Abang dan adik suka sangat jalan-jalan… dapat pusing-pusing pusat beli-belah dan makan-makan.
“Itu memang happy sangat-sangatlah dua beradik ni, penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba jugak bawa abang dan adik jalan-jalan…happy sangat abang waktu ni,” luahnya lagi.

Netizen luah sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan nasib yang menimpa Zayn Rayyan yang sehingga kini tiada tangkapan suspek dilakukan oleh pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga Allah satukan Zayn dan keluarga dalam syurga

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar keluarga terus kuat dalam menghadapi ujian dan berharap akan disatukan dalam syurga Allah kelak.

Sumber: TikTok @izzmanaf.co

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd