Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tengkorak Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Bilik Kuarters Terbiar Di Sabah

Rangka manusia lengkap berpakaian telah ditemui dalam bilik di sebuah kuarters guru terbiar yang terletak di Beaufort, Sabah, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, rangka manusia termasuk tengkorak telah ditemui oleh dua orang tukang cuci pada jam 8.53 pagi.

Foto: Sinar Harian

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin menyatakan rangka yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan bertempat di bangunan yang dikatakan telah terbiar sejak lima tahun lalu mendapati bahagian kepala tengkorak berkenaan telah terpisah dengan badan dan berada di sisi mayat terbabit.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati rangka manusia itu dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian dan seluar namun badan terpisah dengan tengkorak kepala yang mana tengkorak kepala berada di kedudukan sisi badan mayat,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan bahawa tempoh kematian dianggarkan sudah lama memandangkan keadaan mayat tersebut yang hanya tinggal tulang rangka sahaja.

“Tempoh kematian dianggarkan sudah lama berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang rangka sahaja,” ujarnya.

Memandangkan identiti mayat belum dapat dipastikan serta tiada sebarang jenayah dikesan, namun Weddrin menjelaskan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan sekali gus menyifatkan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Weddrin menambah, rangka tersebut telah dihantar ke Hospital Beaufort untuk dibedah siasat bagi mengesahkan identiti mangsa dan punca kematiannya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd