Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tempahan Untuk Kereta Terbang Pertama Di Dunia Dibuka, Harga Bermula RM1.4 Juta

Baru-baru ini,  syarikat penerbangan dan automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Alef Aeronautics telah mencipta rekod apabila berjaya menghasilkan Alef Model A, kereta terbang pertama di dunia.

Menurut laporan Berita Harian, model tersebut telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA)yang boleh dipandu di semua jenis permukaan jalan.

Difahamkan, ia boleh disesuaikan dengan lorong pemanduan standard dan mengikuti semua undang-undang trafik dan secara tidak langsung aan menjamin keselamatan serta keselesaan pemanduan pengguna.

“FAA secara aktif mempersiapkan dasar bagi kenderaan berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL), selain mentadbir interaksi antara eVTOL dengan infrastruktur di darat.
“Sijil Kebolehpenerbangan Khas bagaimanapun mengehadkan lokasi dan tujuan Alef dibenarkan untuk terbang,” kata syarikat itu menerusi satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, kenderaan tersebut dikendalikan sepenuhnya menggunakan elektrik malah menghasilkan pelepasan sifar semasa memandu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ia hanya boleh memuatkan dua orang sahaja, mendarat secara menegak dan boleh diletakkan di ruang parkir biasa serta garaj bersaiz standard.

Alef Model A ini mempunyai keupayaan terbang sejauh 177 kilometer dan selain boleh dipandu sejauh 322 kilometer. Dalam pada itu, ia boleh diterbangkan ke arah depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah dan pada setiap sudut.

Harga kereta terbang Alef Model A bermula AS$300,000 (RM1.4 juta) dan dengan token AS$150. Orang ramai boleh membuat pratempahan kenderaan elektrik ini menerusi laman web Alef.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd