Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tangani Krisis Populasi Harimau Malaya, OBK Tangkap 354 Warganegara Malaysia & 73 Warga Asing

Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) berjaya mencatat kejayaan dengan melakukan tangkapan terhadap 354 warganegara Malaysia dan 73 warganegara asing melibatkan sitaan berjumlah RM150 juta termasuk empat warga Kemboja yang ditangkap di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah pada 4 Jun 2024.

Pelantikan OBK dan Renjer Komuniti menjadi salah satu inisiatif daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia untuk memastikan pelan konservasi Harimau Malaya dapat dicapai.

PERHILITAN tangani krisis populasi Harimau Malaya

PERHILITAN tangani krisis populasi Harimau Malaya

Kedua-dua OBK dan Renjer Komuniti yang digerakkan oleh PERHILITAN dengan kerjasama beberapa pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ditugaskan untuk melakukan rondaan dan kawalan biodiversiti (boots on the grounds) di habitat haiwan berkenaan.

Perkara ini telah disebut di dalam Mesyuarat National Tiger Implementation Working Group (MyTWG) semalam yang dipengerusikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MyTWG merupakan antara usaha dalam mengukuhkan pelaksanaan dan memantau tindakan strategik konservasi Harimau Malaya disamping menyokong Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF).

PERHILITAN tangani krisis populasi Harimau Malaya

MyTTF merupakan platform utama untuk meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan usaha kerajaan menyelaras pelaksanaan dan pemantauan tindakan-tindakan strategik bagi Konservasi Harimau Malaya.

Disamping itu, MyTTF juga menjadi platform dalam memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan, khususnya Kerajaan-Kerajaan Negeri.

“Sebanyak dua Kertas Pertimbangan dan satu Kertas Makluman merangkumi inisiatif memperkukuhkan usaha konservasi spesies Harimau Malaya dan habitatnya di Semenanjung Malaysia telah dibentangkan.
“Mesyuarat bersetuju dengan pembangunan Pelan Tindakan Krisis Harimau Malaya (MTCAP) 2021-2023 bagi menangani krisis populasi Harimau Malaya serta menstabilkan populasi haiwan ini kepada 400 ekor menjelang tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan.

PERHILITAN tangani krisis populasi Harimau Malaya

Dalam pada itu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklum sebanyak lima ekor Harimau Malaya mati termasuk mangsa roadkill (terbunuh di jalan raya oleh kenderaan) sepanjang tempoh 2023 dan 2024 sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerjasama Dengan Tesla Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau – Tengku Zafrul

Menyifatkan insiden itu sebagai kematian itu membimbangkan, NRES turut mendedahkan sebanyak sembilan ekor harimau juga telah ditangkap di kawasan-kawasan konflik.

“Kejadian-kejadian ini menunjukkan bahawa habitat Harimau Malaya terganggu hingga menyebabkan haiwan ini terpaksa keluar daripada habitat semulajadinya,” ujarnya.

Sementara itu, MyTWG dimaklumkan seluas 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan baharu telah diwartakan di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.

PERHILITAN tangani krisis populasi Harimau Malaya

Pewartaan ini dilaksananakan menerusi instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang menyumbang kepada pengukuhan pemuliharaan habitat Harimau Malaya di peringkat negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“NRES percaya kesepakatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri dalam mengukuhkan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies ikonik negara ini akan menjadi pencetus untuk melaksanakan lebih banyak tindakan luar biasa.
“Ini penting bagi mengukuhkan lagi agenda negara dalam memastikan spesies yang menjadi simbol Jata Negara tidak pupus buat selama-lamanya,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah video menyentuh perasaan yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen mengharukan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda yang dinaiki...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Lokal

Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang penganggur didenda keseluruhan RM11,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki gambar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd