Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Phumtham Sahkan Kerjasama Dengan Malaysia Tangani Konflik Sempadan Thailand-Kemboja

Kerajaan Thailand kini giat mempercepatkan rundingan diplomatik di peringkat antarabangsa bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak di kawasan sempadan Thailand-Kemboja, susulan insiden serangan roket yang mengorbankan rakyat negara itu.

Menurut laporan Astro Awani, Pemangku Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Dalam Negeri, Phumtham Wechayachai, berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi ASEAN, dalam usaha mencari penyelesaian damai.

thailand

Foto: Astro Awani

“Kerajaan dan pihak tentera kini berunding dengan Datuk Seri Anwar. Beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Perdana Menteri Kemboja sebelum membawa hasil perbincangan itu kepada kerajaan Thailand,” katanya.

Phumtham menyifatkan serangan roket ke arah kawasan awam sebagai satu tindakan provokatif dan tidak berperikemanusiaan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Serangan ini menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam kalangan rakyat Thailand. Ia menunjukkan niat menyerang dan melanggar prinsip undang-undang antarabangsa. Kemboja perlu bertanggungjawab,” ujarnya.

Artikel lain: PM Anwar Seru Thailand & Kemboja Henti Ketegangan, Kembali Ke Meja Rundingan

Tambahnya lagi, Thailand tidak akan berdiam diri dan bersedia mengambil tindakan balas secara menyeluruh sama ada melalui saluran ketenteraan mahupun pentadbiran demi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat di kawasan sempadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Thailand telah mengambil tindakan diplomatik paling tegas dengan mengusir diplomat Kemboja serta memanggil pulang duta kami dari negara itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengumumkan peluasan skim bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan, termasuk bayaran pampasan sebanyak 1 juta baht kepada keluarga mangsa yang terkorban dan bantuan kewangan yang bersesuaian bagi mereka yang cedera.

Beberapa menteri kanan juga telah ditugaskan untuk turun padang menyampaikan takziah serta menyerahkan bantuan secara langsung kepada mangsa dan keluarga masing-masing.

Phumtham turut mengingatkan rakyat agar kekal bersatu dan tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin.

“Isu kedaulatan dan keselamatan rakyat bukan perkara yang boleh dikompromi. Saya faham perasaan rakyat dan menyeru semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan kekal tenang.
“Saat genting ini memerlukan semangat perpaduan seluruh rakyat. Kita perlu bangkit bersama dan hadapi cabaran ini dengan penuh kebijaksanaan,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd