Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Syria Lakar Sejarah Ke Pusingan Kalah Mati, Menang Tipis Menentang India

Penyerang Omar Khrbin turun daripada bangku simpanan untuk muncul wira Syria selepas menewaskan India 1-0, sekali gus mara ke pusingan 16 Piala Asia 2023, sebagai satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga, di Stadium Al Bayt di sini malam ini.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-75, melakar pencapaian bersejarah bagi skuad Qasioun Eagles itu apabila buat kali pertama berjaya ke pusingan kalah mati dalam tujuh percubaan dengan menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B.

Syria ke pusingan kalah mati

Artikel lain: Pan Gon Bertanggungjawab, Salahkan Diri Sendiri Punca Harimau Malaya ‘Bungkus Awal’

Ketua jurulatih India, Igor Stimac melakukan perubahan strategik apabila membawa masuk pemain tengah Lallianzuala Chhangte dan Deepak Tangri, serta memperkukuh barisan pertahanan dengan pemain berpengalaman Subhasish Bose

Advertisement. Scroll to continue reading.

Skuad Blue Tigers memulakan aksi begitu baik, dengan cubaan Mahesh Naorem dihalang penjaga gol Syria Ahmad Madanieh sebelum Syria menyerang balas dengan tandukan berbisa daripada Pablo Sabbag sebelum diselamatkan oleh penjaga gawang India Gurpreet Singh Sandhu.

Memasuki babak seterusnya, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pembukaan sebelum Syria membawa masuk Khrbin. Walaupun cubaan awalnya dihalang Bose, Syria berjaya memanfaatkan peluang pada minit ke-75 apabila Khrbin meledakkan rembatan kaki kanan ke tengah-tengah kotak penalti yang melepasi Gurpreet, sekali gus menjaringkan gol ke-22 untuk pasukan kebangsaan.

Meskipun India berusaha bermati-matian pada 10 minit terakhir, pasukan itu gagal menyamakan jaringan dan menamatkan kempen Piala Asia tanpa sebarang mata dan gol.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B di Stadium Al Janoub, Australia menduduki tempat teratas dengan tujuh mata selepas seri 1-1 menentang Uzbekistan yang meraih lima mata bagi menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua, dengan hanya satu mata di hadapan Syria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan itu menyaksikan Australia bakal berdepan pasukan di tempat ketiga pada pusingan 16, manakala Uzbekistan bertemu naib juara Kumpulan F dan Syria pula menentang juara Kumpulan C.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd