Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sweeper Tiada Niat Tinggalkan Arwah Mustaqqeem, Terlalu Penat & Cedera Antara Punca Tak Mampu Patah Balik

Sweeper Tiada Niat Tinggalkan Arwah

Sweeper Tiada Niat Tinggalkan Arwah Mustaqqeem!

Malim Gunung Perhutanan (MGP), Rahimi, yang menemani Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Liang Barat, mendedahkan pendaki itu beberapa kali menyuarakan rasa takut sebelum ditemui meninggal dunia pada 16 Oktober lalu.

“Sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah beberapa kali menyatakan dia dalam ketakutan, bagaimanapun tidak dinyatakan apa yang dia ditakutkan,” kata Rahimi, 50, ketika ditemui hari ini.

Menurut Rahimi, dia mengiringi arwah sejak hari pertama pendakian hingga hari ketiga, dan walaupun Mustaqqeem mengalami kekejangan otot, dia masih mampu berjalan perlahan walaupun tertinggal jauh di belakang kumpulan pertama dan kedua.

“Ekspedisi Trans Temangkok mendaki Gunung Liang dilakukan secara ‘compress’ mengambil masa hanya tiga hari, kebiasaan ekspedisi mengambil masa antara empat hingga lima hari.
“Faktor terlalu mengejar masa mungkin menyebabkan arwah tertekan dan kepenatan,” katanya.

Sweeper Tiada Niat Tinggalkan Arwah

Rahimi berkata, mereka tiba di puncak Gunung Liang pada hari ketiga sebelum memutuskan untuk turun sekitar jam 10.30 malam selepas makan dan minum.

“Keadaan arwah ketika itu agak lemah tapi masih mampu berjalan dengan perlahan,”ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang perjalanan menuruni gunung, arwah mula berkelakuan pelik seolah sedang memerhatikan sesuatu di sekelilingnya.

“Apabila saya tanya, dia cakap dia tengok akar pokok bagi mengelak tersangkut kaki,” katanya.

Rahimi menjelaskan dia turun terlebih dahulu bagi meninjau laluan sambil menunggu arwah di bawah. Dalam keadaan hujan lebat dan suhu sejuk, dia masih dapat melihat cahaya lampu kepala (headlamp) milik arwah bergerak menuruni puncak.

“Saya yakin arwah dapat turun tanpa sebarang masalah. Pada masa sama saya berusaha mencari kawasan terdapat talian telefon untuk menghubungi seorang lagi MGP dan penganjur,” katanya.

Sebagai ‘sweeper’ kumpulan, Rahimi menegaskan dia tidak berniat meninggalkan arwah, malah menunggu di beberapa lokasi sepanjang laluan termasuk di Kem 7E.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak menolak kemungkinan arwah naik semula ke puncak Gunung Liang selepas beberapa meter turun.
“Saya tidak lagi mampu berpatah balik mencari arwah disebabkan terlalu penat selain kecederaan jari kaki hingga terpaksa menggunakan selipar untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Tambahnya, tragedi itu menjadi detik hitam yang tidak akan dilupakan sepanjang penglibatannya dalam dunia pendakian.

“Saya tidak menyangka perkara buruk boleh berlaku. Kegembiraan berjaya menawan puncak Gunung Liang bertukar jadi sejarah hitam dalam hidup saya selepas dua tahun sebagai MGP dan lebih 10 tahun dalam aktiviti pendakian,” kata Rahimi.

Rahimi turut mendakwa menerima bayaran RM850 daripada penganjur yang menetapkan ekspedisi hanya tiga hari, namun perjalanan sebenar berlarutan hingga lima hari.

Dalam kejadian pada 10 Oktober lalu, Mustaqqeem bersama lapan rakan dibantu dua MGP memulakan pendakian ke Gunung Liang melalui laluan Bukit Fraser, Bentong.

Artikel lain: Tragedi Gunung Liang: Dua Malim Gunung Digantung Tugas Sementara

Bagaimanapun, pendaki itu dilaporkan tidak pulang selepas tamat aktiviti, menyebabkan isterinya membuat laporan polis.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilancarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat Mustaqqeem ditemui pada 3.30 petang di puncak gunung berkenaan, dengan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan hipotermia (kesejukan melampau).

Sumber: Harian Metro (Mohd Rafi Mamat)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd