Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Tembak Mohd Fuad Fahmie Sudah Ditahan, Serah Diri Di Balai Polis

Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden tembakan yang mengorbankan rakyat Malaysia di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, petang Sabtu lalu, telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand malam tadi.

Suspek tembak serah diri di balai polis

Menurut laporan Harian Metro, sumber keselamatan berkata, suspek tembak yang berusia dalam lingkungan 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

suspek tembak

Foto: FB Mohd Kamal

“Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan memiliki dua kerakyatan, iaitu Thailand dan Malaysia. Dia turut mempunyai dua dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Artikel lain: Kes Tembak Sungai Golok: Suspek Adalah Sepupu Isteri Arwah

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, dilaporkan maut selepas terkena lapan belas das tembakan di rumahnya pada jam 6.40 petang.

suspek tembak

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, dua individu dikenal pasti terlibat dalam serangan berkenaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah sempat dikejarkan ke Hospital Sungai Golok namun disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Suspek tembak

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, jurucakap polis Narathiwat memaklumkan hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang berdasarkan keterangan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina AAbdul Rahim)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd