Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami isteri syukur, dikurnia rezeki zuriat selepas 16 tahun menanti

Pasangan suami isteri, Farihah Baihaki, 40, dan Mohd Noor Razwan Abdul Razak, 41, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki zuriat pertama selepas lama menanti sejak 16 tahun lalu.

Syukur, berkat kesabaran 16 tahun menanti

Memetik laporan Harian Metro, Farihah berkata, kelahiran bayi perempuan, Syifaa Bahirah dianggap sebagai penawar buat mereka suami isteri setelah sekian lama bersabar dan tabah menanti cahaya mata pertama selama melayari alam perkahwinan.

Farihah berkata, bayi perempuannya yang kini berusia tiga bulan merupakan nikmat Allah SWT yang paling bahagia dan menggembirakan buat mereka sekeluarga.

“Setiap perjalanan hidup kita sudah diatur oleh Allah yang tahu apa terbaik untuk setiap hamba-Nya tetapi kami tidak pernah berhenti berdoa dan mungkin di usia ini adalah masa terbaik untuk kami bergelar ibu bapa kepada zuriat sendiri.
“Khabar berita itu bukan saja menggembirakan kami tetapi seluruh keluarga kedua-dua pihak kerana ia adalah saat yang dinanti sejak sekian lama, malah seakan tidak percaya yang saya akhirnya hamil ketika itu sehinggalah kami membuat imbasan kandungan dan mendengar degupan jantung bayi.

“Perasaan teruja, gembira dan takut bercampur-baur tetapi saya bersyukur dengan rezeki ini kerana kami pernah melalui situasi menyedihkan apabila ramai kerap bertanya mengenai zuriat,” katanya yang menetap di Sungai Kandis, di sini,”luahnya.

Farihah berkata, dia juga menganggap Jun adalah bulan paling bermakna buat dirinya kerana buah hatinya itu dilahirkan pada 7 Jun lalu, selain tarikh ulang tahun kelahirannya dan suami masing-masing pada 2Β  Jun dan 12 Jun.

Malah, dia juga tidak pernah menyangka akan mempunyai anak sendiri kerana ini adalah kali pertama dirinya hamil sepanjang 16 tahun usia perkahwinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@farihahbaihaki

semuanya dgn izin Allah.. ayah pilih nama syifaa sbg penawar buat mama n ayah..setelah lama menanti 😊 #ttc16thn #pejuanggarisdua #anakbertuah

♬ Tercipta Satu Senyuman – Chorus – Reedzwann

Hati pernah terusik apabila disoal mengenai anak

Katanya lagi, hatinya pernah terusik apabila soal anak dibangkitkan, namun meminta mereka sentiasa mendoakannya dikurniakan rezeki zuriat tepat pada masanya, tidak kira lambat mahupun cepat.

Dedah Farihah, dia juga mengakui pernah sepakat dengan suami untuk tidak melakukan pemeriksaan kesuburan kerana tidak mahu berharap, hilang semangat atau merasakan diri sebagai punca gagal mendapatkan zuriat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tahun ke-10 perkahwinan saya dan suami sudah sepakat untuk tidak terlalu memikirkan soal anak ketika itu dan kami tetapkan di hati kalau ada, adalah rezeki kami dan kalau tiada kami reda meneruskan kehidupan berdua dengan gembira.
“Dapat seorang ini sudah bersyukur dan bahagia sangat. Kadang-kadang ketika pergi klinik ada juga yang tanya Syifaa Bahirah ini anak ke berapa dan apabila kami cakap anak pertama mereka terkejut sebelum terus tanya usia kami sebab sangka sudah ada beberapa anak lain,” katanya lagi.

 

@farihahbaihaki

semoga ada rezki buat semua psgn suami isteri yg sdg berjuang. #pejuanggarisdua #tiktok #fyp #CapCut

♬ original sound – β€οΈπ“π“·π“²π“ΌπŸ‘©β€β€οΈβ€πŸ‘¨π“π“³π“²π“«β€οΈ –

Sebelum ini, perkongsian Farihah di aplikasi TikTok mendapat perhatian ramai kerana akhirnya bakal bergelar ibu bapa meskipun pada usia yang agak lewat.

@farihahbaihaki

Buat semua pejuang garis dua yakinla dgn janji Allah…doaku semoga semua suami isteri dkurnikan zuriat..#pejuanggarisdua#tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Cintaku Karena Allah – Dinda Permata + Bella + Tiara Marleen + Shella O

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi), Tiktok @farihahbaihaki

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

β€œDia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd