Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Stadium Shah Alam Diroboh: Kerusi Diberi Percuma Kepada PBT, Pejabat Daerah

Kerusi Stadium Shah Alam yang elok dan masih boleh digunakan akan ditawarkan secara percuma kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Selangor.

Menurut satu hantaran di Facebook, Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI Ahmad Azri Zainal Nor melalui platform itu memaklumkan bahawa kerusi-kerusi tersebut boleh dipasang di stadium daerah atau di astaka di padang daerah.

Foto: selangorkini.my

“Ada yang bertanya, (semasa) dalam kerja perobohan Stadium Shah Alam, apa jadi dengan kerusi-kerusi di stadium ini?
“Untuk makluman, kesemua kerusi ini akan di ‘dismantle’ dan diasingkan. Yang mana yang rosak, akan dilupuskan. Yang elok akan disimpan di dalam tempat simpanan,” katanya baru-baru ini.

Beliau juga berkata, cadangan untuk menawarkan kerusi-kerusi berkenaan kepada beberapa sekolah yang terdapat di Selangor telah dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga akan mencadangkan untuk kerusi-kerusi ini turut ditawarkan kepada sekolah-sekolah di Selangor yang mempunyai astaka untuk dipasang di situ,” tambahnya lagi.

Foto: FB Ahmad Azri

Sementara itu, proses perobohan Stadium Shah Alam dijangka akan mengambil masa selama setahun dengan menggunakan dua jentera jenis hidraulik breaker yang sudah bermula pada Isnin.

Terdahulu, MBI memaklumkan bahawa pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan tiga fasa yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2029.

Sumber: Facebook Ahmad Azri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd