Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Temui RM5 Juta Selepas Geledah ‘Safehouse’, Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh di Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, tindakan itu susulan penahanan dua individu baru-baru termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait siasatan skandal rasuah jutaan ringgit berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Susulan penahanan itu, seorang suspek mendedahkan kewujudan ‘safehouse’ yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh.
“Penggeledahan dilakukan pada sekitar jam 10 malam semalam di sebuah pangsapuri bertempat di Kuala Lumpur di mana ia disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperolehi,” katanya.

Sumber berkata, hasil penggeledahan menemui sejumlah wang mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta.

“Wang disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini sudah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut.
“Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh terbabit,” ujar sumber kepada BH, semalam.

Foto: Harian Metro

Sumber juga berkata, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

“SPRM ketika juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sahkan ada dua orang ditangkap yang (didakwa) terbabit dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI.”
“SPRM menyita semua wang yang ditemui itu,” katanya.

Azam berkata, kedua-dua suspek termasuk seorang ahli perniagaan dikatakan ada kaitan dengan seorang individu berpengaruh di Selangor.

Sumber: Berita Harian

Avatar
Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengemukakan rasa tidak setuju berhubung pengumuman cuti hujung minggu di negeri Johor yang akan ditukar semula...

Nasional

Kapal latihan tentera yang singgah di Pulau Pinang pada Sabtu lalu sebenarnya dinaiki oleh kumpulan pelajar dari Naval University of China, kata Menteri Pendidikan...

Lokal

Dua buah kapal latihan dari China yang membawa pelajar Naval University of China dikatakan membuat kunjungan silaturahim ke Pelabuhan Pulau Pinang mengikut prosedur rasmi...

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd