Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SPM 2024 Bermula 2 Disember Hingga 6 Februari 2025

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bakal bermula pada 2 Disember 2024 dan akan berakhir pada 6 Februari 2025.

Foto hiasan

Menurut laporan Kosmo! Online, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan diadakan terlebih dahulu pada 2 hingga 5 Disember, diikuti Ujian Amali Sains pada 9 hingga 12 Disember, dan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 16 hingga 19 Disember.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadual peperiksaan diteruskan dengan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 31 Disember, manakala Peperiksaan Bertulis akan berlangsung pada 21 Januari hingga 6 Februari 2025.

Seramai 126,636 petugas peperiksaan telah dilantik untuk memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Para calon diingatkan untuk merujuk jadual waktu yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai peperiksaan.

KPM menegaskan bahawa calon perlu membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian SPM 2024,” katanya.

Pihak kementerian juga memaklumkan bahawa mereka telah menyediakan mekanisme dan langkah persediaan yang sewajarnya, termasuk kerjasama dengan agensi berkaitan, bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir sepanjang tempoh peperiksaan.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Najieb Ahmad Fuad)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Lokal

Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak tampil menafikan dakwaan bahawa tertuduh adalah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd