Januari yang lalu, Kensington Palace mengumumkan Puteri Wales iaitu Kate Middleton akan menjalani planned abdominal surgery dan dijangka untuk tidak kembali menemui rakyat atas saranan pakar.
A statement from Kensington Palace pic.twitter.com/6h3BCrqj5L
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) January 17, 2024
Selepas pembedahan itu, laporan mengatakan beliau telah pulih di Adelaide Cottage di Windsor dan kini menghabiskan masa bersama Putera William dan tiga anak mereka di Sandringham selepas meninggalkan hospital pada 29 Januari.
Walau bagaimanapun, tempoh berehat yang berpanjangan ditambah dengan ketiadaan maklumat dari Istana Buckingham mengenai status kesihatan Kate, telah membawa kepada spekulasi dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai dan peminat diraja.
Menurut artikel yang disiar Astro Awani, gambar Hari Ibu yang dikeluarkan Istana Kensington pada Ahad lalu, membuatkan spekulasi semakin rancak diperkatakan oleh warga maya mengenai kajian terperinci imej yang menunjukkan piksel pada gambar tersebut sekurang-kurangnya 26 kawasan telah diubah dengan ketara.
Foto: Daily Mail
Dalam pada itu, media sosial telah dibanjiri dengan spekulasi mengenai kesihatan dan keberadaan Duchess of Cambridge itu, setelah sekian lama tidak bersemuka dengan rakyat jelata.
Dipetik menerusi Sinar Daily pula, banyak teori konspirasi telah dikeluarkan oleh netizen di pelbagai platform media sosial seperti ada yang mengatakan bahawa Kate mungkin mengalami masalah kesihatan yang kronik dan sedang tenat atau dalam koma.
Malah, ada juga teori mengatakan perkahwinan Kate dan William sedang bergolak dan menyebabkan Kate telah menyembunyikan diri, dan terdapat juga teori membuat perkaitan dengan Rose Hanbury, seorang bekas peragawati dan rakan baik Kate sendiri, yang didakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan William.
Foto: In Style