Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sokong Pencipta Kandungan, Elon Musk Benarkan Konten ‘Dewasa’ Di Platform X

Platform media sosial yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter telah mengemaskini terma perkhidmatannya yang mana ia membenarkan pengguna memuat naik kandungan dewasa.

Menerusi laman web garis panduan mereka, platform yang kini dikenali sebagai X berkata pengguna kini boleh memuat naik kandungan dewasa dengan bebas selagi ia dibuat dengan persetujuan.

Elon Musk benarkan konten ‘dewasa’ di X

“Anda kini boleh memuat naik kandungan pornografi yang dihasilkan dan diedarkan dengan persetujuan, dengan syarat ia dilabel dengan betul dan tidak dipaparkan dengan ketara,” katanya.

Dalam pada itu, X turut berkata mereka mahu penggunanya merasakan kebebasan untuk berkongsi dan menonton apa jua jenis kandungan ke platform tersebut.

“Kami percaya bahawa pengguna sepatutnya dapat mencipta, mengedar dan mengakses kandungan berkaitan seksual selagi ia dihasilkan dengan persetujuan. Ekpresi seksual, sama ada secara visual atau bertulis boleh menjadi bentk ekspresi seni yang sah.
“Kami percaya ia adalah perkara biasa untuk orang dewasa terlibat dalam penciptaan kandungan yang mencerminkan kepercayaan, keinginan dan pengalaman mereka sendiri, termasuk yang berkaitan dengan seksual,” jelasnya.

Pada masa yang sama, X memaklumkan mereka akan menyekat kebebasan itu untuk kanak-kanak atau mana-mana individu yang tidak mahu melihat kandungan pornografi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Elon Musk Lancar Satelit Starlink Di Indonesia, Sediakan Perkhidmatan Internet Di Kawasan Terpencil

“Kami akan menyekat kebebasan ini untuk kanak-kanak atau pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya.
“Kami juga melarang kandungan yang mempromosikan eksploitasi, ketidakpersetujuan, objektifikasi, seksualisasi atau bahaya kepada kanak-kanak dan tingkah laku tidak senonoh.
“Kami juga tidak membenarkan perkongsian kandungan dewasa pada foto profil atau sepanduk (banner),” ujarnya.

Sementara itu, X menjelaskan kandungan dewasa yang dimaksudkan adalah bahan yang dihasilkan dan diedarkan dengan persetujuan.

Elon Musk Benarkan Konten ‘Dewasa’

Kandungan itu juga memaparkan orang dewasa yang bogel atau tingkah laku seksual yang bersifat pornografi untuk menyebabkan rangsangan seksual.

“Ini juga terpakai kepada kandungan yang dihasilkan oleh AI, fotografi atau animasi seperti kartun, hentai atau anime. Ia termasuklah bogel penuh atau separa, termasuk gambar dekat alat kelamin, punggung atau payudara.
“Selain itu, tingkah laku seksual yang eksplisit atau tersirat atau tindakan simulasi seperti hubungan seks dan tindakan seksual lain,” jelasnya.

Terdahulu, beberapa invidiu telah meminta pemilik X iaitu Elon Musk untuk tidak benarkan konten dewasa dimuat naik di platform itu sebelum dia mengemaskini terma perkhidmatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Help Center X

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd