Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Belia Pemacu Masa Depan! Singgah Santai@PNM 2025 Semarak Budaya Membaca

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menganjurkan Program Singgah Santai@PNM 2025, sebuah inisiatif yang diberi penjenamaan semula bagi menyemarakkan budaya membaca dalam suasana lebih santai dan mesra komuniti.

Singgah Santai@PNM 2025 tarik 4,000 pengunjung

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah PNM, YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli di pekarangan PNM dengan sasaran menarik 4,000 pengunjung.

Singgah Santai@PNM 2025 angkat tema “Belia Pemacu Masa Depan Negara”

Program yang sudah memasuki edisi ke-18 ini mengetengahkan tema “Belia Pemacu Masa Depan Negara” yang sekali gus menekankan peranan golongan muda dalam pembangunan negara.

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk pertandingan menghias kek, e-sport Mobile Legends, anime cosplay, aktiviti didik hibur, pemeriksaan kesihatan, sembang kerjaya dan terapi seni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut mencuri perhatian adalah sesi Bicara Santai bersama pempengaruh terkenal, Mohammad Abid Othman dan Mohammad Amin Othman yang berkongsi pengalaman serta cabaran mereka dalam dunia media sosial.

PNM turut mengambil kesempatan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan dengan mempromosikan perkhidmatan digital U-Pustaka, keahlian perpustakaan, demo pembaikan ringan Doktor Buku dan Give and Take Book.

Selain itu, Gerai Niaga dan Jualan Rahmah juga diadakan dengan pelbagai tawaran produk harian, makanan, aksesori, buku dan barangan kesihatan pada harga berpatutan.

singgah santai

Artikel lain: Program Sentuhan Komuniti Bestari: PNM Angkat Perpustakaan Desa Sebagai Pusat Ilmu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut penganjur, program ini bukan sahaja memperkenalkan koleksi serta perkhidmatan PNM kepada masyarakat, malah menjadi platform perkongsian ilmu dan aktiviti bermanfaat yang mampu merapatkan hubungan komuniti.

Dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO, Singgah Santai@PNM dilihat sebagai usaha mendukung aspirasi Malaysia MADANI ke arah melahirkan generasi belia yang lebih berilmu, sejahtera dan harmoni.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd