Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Siapkan Tesis Dalam Penjara, Akhirnya Genggam ‘Master’… Dari Tahanan Kini Jadi Graduan!

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar.

Semuanya bermula pada 20 Jun 2022, kehidupan lelaki berusia 35 tahun itu berubah sekelip mata apabila ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tiga tahun dilalui dalam suasana yang tidak menentu, tanpa jaminan, tanpa kebebasan, hanya ditemani rutin sunyi di sebalik tembok besi.

Sebagai anggota keselamatan dalam bahagian perisikan, pakaian seragam yang suatu ketika dahulu menjadi lambang maruah dan disiplin bertukar kepada baju ungu tahanan, simbol ketidakpastian masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ditahan, usianya baru mencecah 32 tahun dan baru mendirikan rumah tangga. Keadaan bertambah getir apabila gajinya turut ditahan. Di tengah tekanan mental dan kekangan hidup, ujian bertimpa apabila isterinya memohon fasakh.

“Konflik keluarga, tekanan kewangan, dan akhirnya perceraian berlaku ketika saya di dalam penjara. Itu saat paling sukar dalam hidup saya. Jiwa saya hampir rebah. Tetapi di saat itulah saya sedar, luka yang disuluh dengan cahaya Tuhan tetap akan sembuh.
“Tentunya Allah tidak menghukum saya. Dia sedang mendidik untuk saya menjadi manusia yang baru,” katanya.

Lelaki tersebut mengimbau semula kisah hitam yang dikongsikan menerusi sebuah hantaran di laman Facebok rasmi UUM sempena Majlis Konvokesyen Ke-38 universiti itu.

Menyempurnakan sarjana atau ‘master’ dari dalam sel 8×15 kaki

Dengan sokongan pensyarah UUM, Prof Madya Dr Zulkiflee Daud dan Dr Mazli Mutazam serta keprihatinan Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan selain kerjasama Pengarah Penjara Alor Setar, Suhairi Awang, dia dibenarkan meneruskan pengajian Sarjana Sains Pengurusan (Mod Penyelidikan) walaupun masih dalam tahanan reman.

Proses menyiapkan tesis dilakukan dalam sel berukuran 8×15 kaki, berlampu samar dan tanpa kipas. Bahan rujukan terhad, internet tiada, dan komunikasi dengan pihak luar amat minimum.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menulis, membaca dan berdoa agar suatu hari nanti saya akan keluar, bukan hanya sebagai orang bebas, tetapi sebagai graduan yang membuktikan bahawa ilmu itu kebebasan sebenar,” ujarnya.

Pada 18 September 2024, beliau menjalani sesi viva dengan berpakaian ungu tahanan, tanpa sebarang simbol pangkat atau uniform.

“Saya berdiri di hadapan panel pemeriksa dengan berpakaian ungu tahanan. Tiada uniform anggota, tiada tali leher. Namun saya punya sesuatu yang mereka di luar tidak punya, keyakinan bahawa ilmu mampu membebaskan jiwa.
“Apabila pengerusi mengumumkan saya lulus viva, saya tunduk dan menangis. Hari itu saya tahu, Allah tidak pernah meninggalkan saya. Hari itu juga saya diterima semula sebagai manusia, bukan tahanan penjara,” luahnya.

Kisahnya tular selepas kejayaan itu mencuri perhatian masyarakat yang tidak menyangka seorang tahanan mampu menamatkan pengajian sarjana dalam keadaan begitu mencabar.

Ibu jadi tulang belakang

Di sebalik kekuatan yang tersisa, dia mengakui ibunya adalah sumber semangat paling besar.

“Dan di sebalik semua ini, ada seorang insan yang tidak pernah jemu menyokong saya. Ibu saya. Beliau berjuang menyediakan apa sahaja agar saya boleh terus belajar.
“Beliau menangis, berdoa, dan percaya. Hari hari ini, beliaulah yang paling gembira melihat saya menggenggam segulung ijazah sarjana,” katanya.

Dua kemenangan! Bebas dan berilmu

Hari ini, beliau melangkah ke pentas menerima ijazah daripada Pro-Canselor UUM, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginya, perjalanan itu membawa dua kemenangan penting.

“Saya rasakan dua kemenangan. Pertama, dibebaskan dari tahanan penjara selepas mahkamah dapati tidak bersalah, pada 1 April 2025. Dan hari ini, kemenangan menggenggam ijazah sarjana,” ujarnya.

Kini, beliau memahami erti kebebasan sebenar bukan semata-mata apabila pintu sel terbuka, tetapi apabila minda tidak lagi terkurung oleh tanggapan manusia.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada UUM, para pensyarah, pegawai penjara dan seluruh warga Penjara Alor Setar serta ibunya yang tidak pernah berhenti percaya.

Kisahnya menjadi bukti bahawa kasih, kepercayaan dan ilmu mampu mengubah seorang tahanan menjadi seorang graduan dan bahawa masa depan sentiasa terbuka untuk sesiapa yang mahu memperbaiki diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook UUM

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Lokal

Empat individu termasuk ibu bapa mentua personaliti media sosial dikenali sebagai Prince Syed ditahan polis selepas berlaku insiden pergaduhan di kawasan perumahan Taman Bertih...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd