Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sheikh Al-Azhar Pelawa Pelajar Tahfiz, Qiraat Sambung Pengajian Ke Mesir

Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb mempelawa pelajar Malaysia dalam bidang tahfiz Al-Quran dan Qiraat untuk menyambung pengajian mereka ke Universiti Al-Azhar di Kampus Tanta, Mesir.

Menerusi satu laporan Bernama, Dr Ahmad Muhammad memaklumkan bahawa beliau sangat gembira melihat perkembangan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia.

Foto: Bernama

“Kini hampir 7,000 pelajar Malaysia menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang di Mesir.
“Oleh itu, saya ingin mempelawa pelajar lepasan Darul Quran dan maahad tahfiz Al-Quran yang lain di Malaysia untuk menyambung pelajaran bukan sahaja di Maahad Qiraat Shoubra, malah ke Kulliyyah Al-Quran Al-Karim di Tanta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Lawatan Kerja Sheikh Al-Azhar ke Darul Quran JAKIM yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr, mufti dan para pegawai agama lepasan universiti Sheikh Al-Azhar di Kuala Kubu Bharu, Kuala Lumpur pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Sheikh Al-Azhar juga mengingatkan orang ramai tentang bahaya aliran hermeneutik dalam mentafsirkan makna ayat al-Quran dan golongan Quraniyyun yang menimbulkan keraguan terhadap kebenaran hadis Rasulullah kerana sekiranya dibiarkan, akan menghilangkan tiga perempat ajaran agama Islam.

“Semoga dengan keberkatan al-Quran al-Karim, Allah kurniakan kemenangan kepada masyarakat Palestin yang teguh mempertahankan tanah air mereka dan semoga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya,” ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sambutan dan layanan baik yang diterima beliau semasa lawatannya ke Malaysia.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, lawatan khas Sheikh Al-Azhar selama tiga hari ke Malaysia tersebut adalah atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Republik Arab Mesir.

Sumber: Bernama

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd