Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Selepas Covid-19, China Dilapor Berdepan Ancaman Virus hMPV

Selepas lebih lima tahun dunia bergelut dengan Covid-19 dmana kes pertamanya dilaporkan di China, negara itu dilaporkan sekali lagi berdepan dengan satu ancaman virus yang menyerang sistem pernafasan iaitu metapneumovirus (hMPV).

Memetik laporan Sinar Harian, virus hMPV yang semakin menular ini menyebabkan lonjakan kes berlaku ketika pertengahan Disember lepas.

Malah, pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia dilapor bertindak memberi amaran tentang wabak tersebut serta menekankan tentang langkah penjagaan kebersihan.

Virus hMPV Serang Sistem Pernafasan

hMPV

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (CDC) di Beijing turut menetapkan protokol untuk pelaporan makmal dan pengesahan kes bagi meredakan kebimbangan orang ramai.

Data pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuk hMPV terutamanya di wilayah utara China. Kes baru-baru ini kebanyakannya melibatkan golongan berusia di bawah 14 tahun,” kata laporan Sinar Harian.

Justeru itu, stesen penyiar CCTV turut mengesahkan jangkitan pernafasan yang menyerang pada musim sejuk kali ini berpunca daripada virus influenza selain hMPV sebagai penyumbang utama kes.

Pada hujung bulan lalu, pihak berkuasa kawalan penyakit di Beijing turut merintis sistem pemantauan untuk masalah radang paru-paru tidak diketahui asal usulnya setelah peningkatan luar biasa kes sepanjang musim sejuk.

hMPV

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gejala penyakit tersebut seperti, batuk, demam, hidung tersumbat, serta nafas berbunyi seperti wisel.

Bagi kes yang teruk, pesakit boleh mengalami bronkitis atau radang paru-paru terutamanya di kalangan bayi, warga emas dan golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Golongan yang menghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau emfisema iaitu keadaan pundi udara dalam paru-paru mengembang sehingga individu sukar untuk bernafas adalah yang paling berisiko tinggi.

Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
“Tempoh inkubasi adalah dari tiga hingga lima hari,” jelas CDC China.

hMPV

Foto: India Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Malaysia, WHO Disaman RM60 Juta Berkait Vaksin COVID-19

Susulan peningkatan kes, pakar memberi amaran tentang penggunaan ubat antiviral secara sembarangan untuk merawat hMPV.

Pakar pernafasan di hospital Shanghai menasihatkan orang ramai supaya tidak secara melulu menggunakan ubat antiviral untuk merawat hMPV memandangkan ia mempunyai gejala serupa seperti diserang selesema.

Setakat ini, tiada vaksin spesifik atau rawatan antiviral tersedia untuk pesakit dan fokus utama merawat pesakit adalah bagi mengurangkan simptom mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd