Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sekolah Menengah K-Pop Bakal Dibuka Di Busan Pada Mac 2028

Sebuah sekolah menengah yang dikhususkan dalam mendidik pelajar mengenai K-pop dan persembahan berkaitan akan dibuka di Busan, Korea Selatan.

Lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan pada Ahad, sebuah sekolah menengah bakal ditutup dan akan diubah suai.

Difahamkan, sekolah berkenaan bakal dibuka pada Mac 2028 nanti. Ia sekali gus menjadi sekolah menengah awam pertama dikhususkan untuk silibus K-pop.

Ia terletak di Busan, kira-kira 320 kilometer (km) tenggara Seoul itu, menurut pihak berkuasa pendidikan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelajar di seluruh negara serta penuntut antarabangsa layak mendaftar di sekolah terbabit dan sekolah itu bakal menyediakan pelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain,”petik laporan.

sekolah menengah K-pop

Artikel lain: Ketua Pembangkang Korea Selatan Ditikam Di Leher Selepas Individu Acah Minta Tandatangan

Di Korea Selatan, agensi hiburan utama mengendalikan sistem latihan idola K-pop yang terkenal dengan kem latihan dan proses sistematik yang ketat untuk penampilan artis baharu.

sekolah menengah K-pop

Sumber: Agensi Berita Yonhap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Sosial

Seorang bekas komando dari Bangi, Mohd Azuan Asmuni, 40, terus menunjukkan semangat juang luar biasa selepas disahkan menghidap kanser pada 2023, walaupun berdepan pelbagai...

Dunia

Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya. “Di mana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd