Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saya Melayu, Tapi Tak Malu Ada Darah India – Mahathir

Bekas perdana menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak malu berketurunan India namun perkara tersebut tidak menafikan hakikat bahawa dia adalah seorang Melayu.

Menurut laporan Malaysiakini, Mahathir mendakwa ucapan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi semasa menjadi menteri dalam negeri pada 30 Julai 2017 lalu adalah berniat jahat, memfitnah dan menjejaskan reputasi awam beliau.

Foto: Malaysiakini

“Saya tidak malu untuk mengatakan saya berdarah India, tetapi itu tidak bermakna saya bukan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berhubung kes saman fitnah terhadap Ahmad Zahid yang menyatakan nama asal pada kad pengenalan ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli politik berusia 99 tahun itu juga berkata, dakwaan nama “Kutty” itu seolah-olah menunjukkan beliau seorang oportunis bukan Melayu yang berpura-pura mengaku Melayu demi mencapai kepentingan politik.

“Implikasinya ialah saya tidak menggunakan nama itu (Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty) tetapi Mahathir Mohamad (untuk menunjukkan bahawa) saya menipu.
“Ini bukan soal sama ada nama Melayu atau Islam atau tidak. Nama (Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty) bukan nama sebenar saya dan saya tidak berbohong. Nama saya Mahathir Mohamad,” ujarnya.

Foto: Malaysiakini

Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan Ahmad Zahid itu menjadi faktor utama beliau gagal mengekalkan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang diwakili peguam Sharul Fazli Kamarulzaman menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain memaklumkan dirinya tidak berniat jahat semasa mengeluarkan kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata tidak mempunyai kawalan ke atas mana-mana penerbitan video berhubung kenyataannya di platform media.

Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd