Sekumpulan warga Myanmar yang berada di Malaysia sambut kepulangan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selepas terlibat dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi di Myanmar.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Ridza di laman TikToknya, sekumpulan rakyat Myanmar tunggu di tepi jalan ketika anggota SMART melalui kawasan sekitar Subang.
Sambut kepulangan anggota
@rdz140 sampai dia cium kepala aku hahah
Dalam perkongsian itu, dapat dilihat ada antara mereka menghadiahkan jambangan bunga malah mencium kepala anggota SMART sebagai tanda berterima kasih dan terhutang budi.
Artikel lanjut: Bukan Duit Raya, Bapa Beri Geran Hibah Kepada Setiap Anak
Sambut kepulangan anggota
Terbaiklah orang Myanmar!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rakyat Myanmar yang menghargai jasa pasukan penyelamat sehingga sanggup berpanas demi meraikan kepulangan mereka.
Terima kasih anggota SMART
Dalam pada itu, ramai yang berterima kasih kepada anggota SMART yang sanggup menggadaikan nyawa demi menjalankan tanggungjawab menyelamatkan mangsa-mangsa bencana.
Terdahulu, Malaysia menghantar dua pesawat A400M milik TUDM yang membawa 50 anggota dan pegawai SMART serta pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar, bagi operasi SAR pada 30 Mac lepas.
Operasi SAR oleh SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di Daerah Sagaing, Myanmar sejak Isnin lepas.
Pasukan tersebut telah tiba di tanah air semalam selepas operasi SAR dihentikan kerana mereka tidak lagi menjumpai mangsa hidup yang terperangkap di bawah runtuhan bencana alam itu.
