Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Salah ‘Timing’ Bercuti, Pempengaruh ‘Terkurung’ Di Hotel Disebabkan Upacara Nyepi Day

Baru-baru ini, tular seorang pempengaruh wanita yang berkongsi pengalamannya semasa bercuti di Bali, Indonesia sewaktu upacara tradisi yang mewajibkan untuk mendiamkan diri dan dikhaskan agar masyarakat boleh bermuhasabah diri.

Pempengaruh TikTok Malaysia, Miyabell menceritakan menerusi akaun miliknya mengenai pengalaman tidak boleh keluar selama 24 jam di hotel penginapan kerana upacara Nyepi Day.

Tahun ini, Nyepi Day mengambil tempat pada 11 Mac 2024 bermula 6 pagi dan upcara ini akan berakhir pada 12 Mac 2024, pada pukul 6 pagi.

Dipetik menerusi artikel Voice of Indonesia, bagi sesiapa yang melanggar larangan pada Nyepi Day akan dikenakan sekatan adat iaitu ditahan sehingga keesokan harinya oleh ‘pecalang’ atau pegawai keselamatan di perkampungan suku Bali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, mereka yang ditahan akan dikehendaki untuk ‘ngayah’ atau gotong-royong untuk membersihkan sekitar kuil.

@miyabell

This is knowledge purposes on the tradition of the people on this island. In case you just discover about this just like me ✨ Btw if ada any misinformation please correct me #hotel #trend #random #fyp #foryou #bali #nyepi #nyepiday

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

“Di Bali, terdapat satu tradisi untuk menyambut Tahun Baru Bali dan ini dipanggil Nyepi Day.
“Penduduk dan pelancong  di sini tidak dibenarkan untuk keluar dan lampu-lampu juga perlu ditutup, menjadikan Bali sunyi dan sepi selama satu hari tanpa sebarang kegiatan,” katanya pada Isnin.

Dia turut menceritakan upacara Nyepi Day akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk dipersiapkan terutamanya bagi perarakan Ogoh-Ogoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Google

“Perarakan Ogoh-ogoh akan berlangsung sebelum Nyepi Day dan selalunya akan dilakukan tujuh hari sebelum berlangsungnya upacara.
“Ogoh-ogoh merupakan tugu buatan manusia sebagai simbol raksasa atau makhluk jahat yang akan diarak mengelilingi bandar dan pembawa patung-patung itu akan menjadikannya kelihatan seperti bergerak atau menari sebelum membakarnya,” ujarnya.

Miyabell turut menjelaskan dirinya tidak mengikuti upacara ini secara langsung memandangkan ianya merupakan upacara agama Hindu dan sebagai seorang yang beragama Islam, dirinya berasa tidak wajar untuk turut menyertai upacara tersebut.

Dia turut mengingatkan kepada pengikut akaun TikTok miliknya agar ketika melancong ke Bali, haruslah menghormati adat dan agama di sana dan jangan sesekali menghina mereka kerana majoriti penduduk di sana adalah beragama Hindu.

Sumber: Portal Voice of Indonesia, TikTok @miyabell

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd