Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Salah Seorang Cuba Elak Asap Bakar Sampah, Dua Penunggang Motosikal Maut Bertembung

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam.

Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku pada kira-kira 5.45 petang itu membabitkan mangsa, Ismail Awang, 79, dan Muhammad Syafiq, 28, yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut saksi kejadian, Ismail menunggang motosikal selepas membeli roti dari sebuah kedai menuju pulang ke rumah bertembung dengan Muhammad Syafiq dari arah bertentangan yang cuba mengelak asap pembakaran sampah.

                                           Video: X Mohd Redzuan Abdul Manap

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi polis selepas melihat kedua-dua dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan telah menerima laporan berhubung kemalangan tersebut ketika dihubungi.

Foto: Kosmo!

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 10 saat memaparkan seorang individu menunggang motosikal dilihat cuba mengelak asap pembakaran sampah sebelum bertembung dengan penunggang lain dari arah bertentangan.

Video yang dimuat naik sejak pagi tadi oleh seorang pengguna media sosial X, Mohd Redzuan Abdul Manap itu menerima 288 tanda suka selain jumlah tontonan mencecah 30,200.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Rohana Mohd. Nawi), X Mohd Redzuan Abdul Manap

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd