Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sah! Lee Seung Gi Kahwini Lee Da In, Bakal Tamat Zaman Bujang April Ini

Penyanyi dan pelakon tersohor Korea Selatan, Lee Seung Gi mengumumkan khabar gembira bahawa dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Lee Da In pada 7 April ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di laman Instagram miliknya sebentar tadi dengan mengatakan dia akan menghabiskan sisa hidupnya bersama Da In yang juga aktres tersohor.

View this post on Instagram

A post shared by 이승기 Leeseunggi (@leeseunggi.official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup saya bersama Da In, yang saya cintai bukan pasangan sekadar bercinta, tetapi pasangan berkahwin,”ujarnya.

Dalam kenyataan tulisan tangan, pelakon berusia 36 tahun itu memberitahu dia sudah melamar kekasihnya dan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada April nanti.

“Saya sudah melamar dan dia menerimanya. Kami akan melangsungkan perkahwinan pada 7 April ini,”katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Mouse menyifatkan Da In seorang yang mesra dan penyayang sehingga membuatkan dia mahu kekal berada di sisi wanita berkenaan buat selama-lamanya.

“Dia seorang yang mesra dan penyayang yang saya mahu kekal di sisi saya selama-lamanya,”kata Lee Seung Gi.

Lee Seung Gi berkata dia berbesar hati berkongsi khabar gembira ini dan berharap agar peminat mendoakan kebahagian mereka berdua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Lee Seung Gi membuat pengakuan menjalin hubungan percintaan dengan Da In pada penghujung tahun 2020. Biarpun ada kalanya berita tidak senang mengatakan mereka sudah putus, kali ini jodoh antara Seung Gi dan Da In tetap utuh ke alam perkahwinan.

Sumber: Instagram @leeseunggi.official

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd