Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sabah Kaya Tapi Rakyat Masih Guna Lilin Dan Jalan Berlubang – Suhaimi Nasir

Sabah kaya tapi rakyat masih menderita

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir tampil bersuara membela nasib rakyat Sabah yang dilihat sering terpalit dengan masalah infrastruktur asas seperti bekalan air, eletrik dan keadaan jalan raya yang kurang baik.

Sabah kaya tapi rakyat masih menderita

Sabah kaya tapi rakyat masih menderita

Foto: Daily Express Malaysia

Menurut laporan Sinar Harian, beliau mempersoalkan kemana perginya kekayaan negeri itu kerana kutipan hasil balak sahaja dipercayai sebanyak RM5.3 bilion sejak tahun 1999, dengan purata RM213 juta setahun.

“Kita dihidangkan dengan laporan yang menyebut Sabah mencatat kutipan hasil balak sebanyak RM5.3 bilion sejak tahun 1999, dengan purata RM213 juta setahun. Namun realitinya, kehidupan rakyat masih dihimpit masalah asas yang tidak kunjung selesai.
“Soalan paling mudah yang ditanya rakyat, dari Libaran hingga ke Likas, dari Tawau ke Tuaran – ke mana perginya semua kekayaan negeri Sabah?” kata Suhaimi pada Selasa.
Sabah kaya tapi rakyat masih menderita

Foto: Astro Awani

Suhaimi menegaskan bahawa isu bekalan air dan eletrik bukanlah masalah eksklusif di kawasan pendalaman malah turut terjadi di kawasan bandar termasuk di ibu negeri Sabah sendiri.

“Hari ini, bukan sahaja penduduk di pedalaman, malah di tengah-tengah Kota Kinabalu, gangguan bekalan air dan elektrik sudah menjadi kebiasaan.
“Tangki simpanan air bukan lagi kemudahan tambahan, tetapi satu keperluan wajib. Penjana elektrik bukan lagi untuk kilang, tetapi untuk rumah biasa,” ujarnya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) itu turut membangkitkan isu jalan raya yang dipercayai rosak teruk dan tidak berturap terutama di kawasan luar bandar.

Sabah kaya tapi rakyat masih menderita

Foto: Sinar Harian

“Masih banyak jalan yang berlubang, rosak dan membahayakan pengguna. Dalam daerah Libaran sendiri, banyak kawasan luar bandar masih menanti sentuhan pembangunan asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab utama kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri saban hari mengumumkan pelbagai kejayaan daripada pensijilan hutan, pelan karbon hingga kepada peruntukan ekologi, namun rakyat masih dihantui masalah air, menyalakan lilin dan mengelak lubang di jalan raya.
“Adakah ini wajah sebenar kemajuan yang dibanggakan? Saya percaya rakyat Sabah sudah cukup lama bersabar. Mereka bukan menolak pembangunan, tetapi hanya meminta hak mereka dikembalikan – hak untuk hidup selesa dengan kemudahan asas yang stabil dan berterusan,” jelasnya.

Artikel lain: PM Minta Sarawak Bekal Elektrik Ke Filipina Melalui Sabah – Abang Johari

Difahamkan, soalan itu diajukan bukan untuk menunding jari tetapi menuntut pihak bertanggungjawab menjalankan amanah dengan baik kerana rakyat di Sabah berhak menerima hasil daripada negeri mereka dan tidak wajar sekiranya suara rakyat diperlekehkan serta dianggap skeptikal.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd