Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Riben Masih Berdarah! Pasangan Kembar Menangis, Insiden Siam Paragon Ragut Nyawa Ibu

Sepasang kanak-kanak kembar perempuan menangis mengenangkan nasib ibunya yang berdarah akibat ditembak di pusat beli-belah Siam Paragon Mall di Bangkok, semalam.

Ibu ditembak di Siam Paragon, kembar menangis minta bantuan

Menerusi hantaran tular di platform TikTok @m_minglovebambam, mereka yang memakai riben rambut dipenuhi darah ibunya menangis meminta bantuan daripada orang ramai.

Saksi yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dia terserempak dengan salah seorang kembar yang cuba mendapatkan bantuan.

“Ibu mereka telah ditembak dan tidak dapat menemuinya. Saya (saksi) cuba sedaya upaya untuk membantu walaupun dengan hanya tinggal satu peratus sahaja bateri telefon. Saya cuba mendapatkan bantuan,”ujarnya.

Artikel lain: Suspek ‘Insiden Siam Paragon’ Kongsi Video Berlatih Guna Senjata Di Group WhatsApp

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Budak 14 Tahun Ditahan, Tembak Sehingga Ragut 3 Nyawa Di Siam Paragon

Ibu dah mati ke?

Namun, apa yang meruntunkan hati apabila salah seorang daripada kembar bertanya sama ada ibu mereka sudah meninggal dunia atau belum.

Bagaimanapun, pihak polis memaklumkan bahawa ibu mereka yang merupakan warganegara China, Zhao, 34, telah meninggal dunia dan merupakan antara yang maut selepas ditembak seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

“Salah seorang adik-beradik mereka bertanya kepada saya, ‘adakah ibu saya akan mati?’. Saya cuba menenangkan mereka dengan berkata ‘Ibu kamu cedera tetapi kamu akan berjumpa dengannya tidak lama lagi.’
“Apabila polis tiba, mereka menyampaikan berita menyayat hati kepada adik-beradik itu bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia,”ceritanya.

Siam Paragon

Dalam hantaran itu, saksi menyatakan dia tidak dapat menahan kesedihan apabila kanak-kanak itu terpaksa melalui pengalaman yang penuh tragis, lebih-lebih ibu maut akibat tembakan rambang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak dapat menahan tangisan dengan nasib malang yang menimpa mereka. Kenapa mereka perlu melalui pengalaman yang begitu tragis? Pembunuh itu telah meragut nyawa ibu kepada kanak-kanak kembar,” tulisnya.

Difahamkan, mangsa sedang bercuti bersama keluarga termasuk anak perempuan kembarnya di Bangkok selama seminggu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja berusia 14 tahun diberkas polis selepas tiga orang terkorban dalam satu kejadian tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, petang Rabu.

Selain itu, seramai lima orang mengalami kecederaan termasuk dua warganegara asing dan tiga rakyat tempatan.

Sumber: TikTok @m_minglovebambam 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd