Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Siasatan Selesai! RHB Hentikan Kakitangan Hina Perdana Menteri, Langgar Kod Etika & Tatakelakuan

RHB Hentikan Kakitangan Hina Perdana Menteri

Seorang kakitangan syarikat perbankan RHB yang tular selepas didakwa menghina Perdana Menteri menerusi media sosial telah diberhentikan daripada tugasnya.

RHB dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas siasatan dalaman terhadap isu berkenaan selesai dijalankan.

“Individu berkenaan tidak lagi bekerja dengan RHB berkuat kuasa hari ini. Di RHB, kami komited untuk menegakkan standard profesionalisme, integriti dan rasa hormat yang tertinggi dalam setiap interaksi kami.
“Kami juga mengekalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang kelakuan yang melanggar Kod Etika dan Tatakelakuan syarikat,” katanya.

Artikel lain: Tular Hantaran Pegawai Bank Tentang PMX, RHB Jalankan Siasatan Dalaman

 RHB Hentikan Kakitangan Hina Perdana Menteri

Semalam, seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Siti Nurziswanis memohon maaf secara terbuka selepas satu hantarannya tular dipercayai menyentuh gambar Perdana Menteri yang dikongsi semula daripada akaun lain dikenali sebagai ‘putsz’.

Sumber: FB RHB Group

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd