Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pandu Kereta Tanpa Lesen, Remaja 16 Tahun Ditahan Polis Selepas Aksi Kejar-mengejar

Cubaan seorang remaja berusia 16 tahun melarikan diri daripada polis berakhir apabila dia berjaya ditahan selepas dikejar di Jalan Bandar Baru, di sini, pada Isnin lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu bermula apabila pasukan rondaan MPV mengesan sebuah Proton Wira kelabu dipandu secara mencurigakan.

remaja

Foto: Sinar Harian

“Anggota memberi arahan berhenti, namun suspek bertindak memecut laju. Malah, dia turut memandu secara berbahaya hingga menghimpit dan hampir melanggar kenderaan anggota,” katanya.

Bagi tujuan keselamatan, seorang anggota terpaksa mengeluarkan senjata api sebagai amaran sebelum kenderaan suspek akhirnya berhenti.

Artikel lain: Tular Remaja Perempuan Kasari Rakan Lelaki, Mangsa Dedah Menangis Sebab Hal Keluarga

Siasatan mendapati remaja terbabit masih bersekolah, tidak mempunyai lesen memandu dan menggunakan kereta abangnya tanpa kebenaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiada barang larangan dijumpai dalam kenderaan tersebut.

Polis kemudian menghubungi keluarga suspek sebelum bapanya hadir, dua remaja itu dibawa untuk siasatan lanjut.

“Suspek disaman kerana memandu tanpa lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Polis juga memberi amaran supaya kesalahan sama tidak diulangi,” ujarnya.

remaja

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memantau anak-anak dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menyalahi undang-undang.

Insiden itu turut mendapat perhatian ramai selepas rakaman video berdurasi 24 saat aksi kejar-mengejar berkenaan tular di media sosial sejak Selasa lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norhapsida Yatim)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd