Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

20,000 Rakyat Malaysia Tunjuk Sokongan, Daftar Sertai Global Sumud Flotilla

Sokongan rakyat Malaysia terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terus menunjukkan perkembangan luar biasa apabila jumlah pendaftaran untuk menyertai inisiatif itu meningkat mendadak kepada 20,000 orang selepas misi terbaharu pasukan berkenaan berakhir baru-baru ini.

20,000 daftar sertai Global Sumud Flotilla

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata peningkatan tersebut amat mengejutkan memandangkan sebelum misi itu dilancarkan, hanya sekitar 600 rakyat Malaysia yang menunjukkan minat dengan mendaftar melalui laman web rasmi GSF.

sumud flotilla

Foto: Kosmo!

“Sebelum misi dijalankan, hanya 600 rakyat Malaysia mendaftar untuk menyertai GSF melalui laman web rasmi. Namun selepas misi selesai, 20,000 lagi telah mendaftar. Break the silence Malaysia: accomplished,” tulisnya.

Artikel lain: Kapal Marinette Dipintas, Perjuangan Aktivis Gelombang Pertama GSF Berakhir – Nadir Al-Nuri

Sambutan luar biasa ini menunjukkan kebangkitan kesedaran dan semangat solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang sekian lama berdepan kekejaman rejim Zionis.

Kejayaan misi GSF bukan sahaja memberi impak besar terhadap masyarakat antarabangsa, tetapi turut membangkitkan keinginan orang ramai untuk turut serta dalam usaha kemanusiaan serantau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
sumud flotilla

Foto: FB Nadir Al-Nuri

Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, rejim Israel telah memintas kesemua 42 kapal yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza, sebelum menahan seramai 495 aktivis dari pelbagai negara termasuk 23 rakyat Malaysia.

Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober selepas melalui proses rundingan panjang dengan pihak berkuasa antarabangsa.

sumud flotilla

Foto: Kosmo!

GSF merupakan satu misi kemanusiaan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai latar belakang dengan matlamat utama untuk menyalurkan bantuan ke Gaza selain menyuarakan pentangan terhadap sekarang yang dikenakan oleh rejim Zionis.

Peningkatan mendadak jumlah penyertaan rakyat Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa semangat kemanusiaan serta keprihatinan terhadap nasib rakyat Palestin semakin kuat, sekali gus menzahirkan sokongan berterusan terhadap perjuangan membela hak mereka di bumi Gaza.

Sumber: Facebook @Nadir Al-Nuri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd