Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Berkunjung Sempadan Thailand-Kemboja

Elak kunjung sempadan Thailand-Kemboja

Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menegaskan agar rakyat Malaysia menjauhi kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja ekoran krisis ketenteraan yang semakin meruncing antara kedua-dua negara itu.

Elak kunjung sempadan Thailand-Kemboja

malaysia Elak kunjung sempadan -Kemboja

Foto: Utusan

Menurut Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau susulan peperangan artileri di enam lokasi iaitu Kuil Ta Muen Thom, Kuil Ta Kwai, Chong Bok, Preah Vihear, Chong An Ma dan Chong Chom.

“Kawasan ini terletak di zon sempadan yang mempunyai pos pemeriksaan, dan ada kemungkinan penunggang motosikal atau pengembara karavan secara tidak sengaja memasuki kawasan tersebut.
“Tiga rakyat Malaysia yang berdaftar menetap di wilayah yang dilaporkan terbabit. Selepas dihubungi, ketiga-tiga mereka mengesahkan selamat. Tiada permintaan bantuan diterima setakat ini,” kata, Bong hari ini.

Dalam pada itu, Bong menggesa rakyat Malaysia yang berada dalam zon panas itu, mendaftar bersama kedutaan bagi mendapatkan maklumat terkini dan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

“Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan, sila hubungi talian kecemasan kedutaan di ‪+66 87028 4659,” jelasnya.

Sehubungan itu, kedutaan akan terus memantau perkembangan terkini dan menyalurkan maklumat semasa apabila perlu.

Elak kunjung sempadan -Kemboja

Foto: MalaysiaGazette

Terdahulu, media melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja berperang pada Khamis di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.

Kedua-dua negara telah berselisih pendapat berhubung sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad, dan pertikaian ini terus menjejaskan hubungan diplomatik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meningkat sejak 28 Mei susulan satu insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.

Artikel lain: Thailand Dapat ‘PM Sehari”, Lantik Pemangku Perdana Menteri Sebelum Rombakan Kabinet

Difahamkan, pada Rabu, kerajaan Thailand menurunkan tahap hubungan diplomatik dengan Kemboja sebagai tindak balas segera selepas seorang anggota tenteranya tercedera akibat letupan periuk api yang didakwa baru dipasang.

Kerajaan Kemboja kemudiannya turut membalas dengan menurunkan hubungan diplomatik bersama Thailand ke tahap paling rendah pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd