Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Raikan Syawal Sebagai Ibu Bapa Prihatin, Demi Senyuman Mereka

Sambutan Aidilfitri di sepanjang bulan Syawal di Malaysia selalunya berlangsung dengan meriah; dengan pakaian pelbagai warna dan gaya, dan makanan tradisional dan moden yang beraneka rasa. Semasa musim perayaan juga, setiap isi rumah di Malaysia cenderung ke arah peningkatan pengambilan makanan dengan kadar gula yang tinggi. Di kala sibuk menyambut ketibaan Syawal, ibu bapa muda Malaysia menghadapi tanggungjawab kritikal untuk menjaga kesihatan pergigian anak-anak kecil mereka. Sambutan Hari Raya, biasanya tidak lengkap dengan makanan tradisional yang enak, aneka kuih-muih dengan kandungan gula yang tinggi serta minuman berkarbonat yang menyegarkan selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Raikan Syawal Sebagai ibu bapa prihatin

Akan tetapi menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menanamkan dan mengekalkan tabiat pergigian yang sihat dan positif di dalam diri anak-anak sejak awal usia. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Mesej yang ingin disampaikan di sini adalah: “Cegah sebelum terlewat, kerana penyesalan tidak akan mengembalikan senyuman anak anda.”

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka menanggung kesakitan. Masalah sakit gigi yang akut selalunya berpunca daripada gigi berlubang yang tidak dirawat. Penyakit ini selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga ianya telah terlambat. Anak anda mungkin mengalami masalah tidak boleh makan atau tidur kerana menahan kesakitan yang berpunca daripada gigi. Statistik menunjukkan 6 daripada 10 orang kanak-kanak berumur 6 tahun di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu gigi yang berlubang. Sesetengah ibubapa hanya membawa anak mereka untuk pemeriksaan gigi apabila ianya telah terlambat dan rawatan kecemasan pergigian untuk anak kecil adalah tidak semudah yang disangkakan.

Jadilah ibubapa muda yang proaktif dan bukan ibu bapa reaktif. Ibubapa harus bertindak segera mencegah sebarang masalah pergigian dan tidak menunggu sehingga timbulnya masalah. Semestinya ibubapa muda tidak mahu melihat anak kecil mereka menderita kesakitan, menghadapi trauma semasa menjalani rawatan pergigian dan membayar kos rawatan yang mahal. Pastinya ibu bapa mahukan senyuman manis dari anak-anak dan bukannya tersenyum ‘rongak’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Raikan Syawal

Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa muda ini menjadi proaktif dalam menguruskan kebersihan dan kesihatan gigi anak kecil. Ibu bapa perlu proaktif dalam memastikan memberus gigi secara berkala, dan bersederhana dalam pengambilan gula untuk pemakanan si kecil. Hadkan pengambilan gula untuk anak kecil anda supaya tidak melebih tiga hidangan sehari bagi minuman atau makanan anak kecil mereka.

Jadi, mengapa ibu bapa perlu mengawal kekerapan pengambilan gula untuk anak kecil mereka?

Secara semulajadinya, bakteria akan membentuk lapisan plak di atas permukaan gigi dan air liur berfungsi untuk mengimbangi ion-ion di dalam mulut dan melindungi gigi daripada kerosakan. Kerosakan gigi disebabkan aktiviti bakteria ‘kariogenik’ yang menghasilkan asid yang tinggi di dalam mulut apabila terdedah kepada gula dalam makanan harian. Semakin tinggi kekerapan pengambikan makanan bergula, semakin lama gigi di dalam mulut terdedah kepada asid dan akan menyebabkan gigi berlubang kerana air liur tidak dapat mengimbangi keadaaan berasid di dalam mulut.

Artikel lain: Ramalan Hujan Menjelang Syawal, MetMalaysia Cadang Rancang Aktiviti Raya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proses kerosakan gigi bermula dengan munculnya bintik putih pada enamel (lapisan paling luar gigi) diikuti munculnya lubang kecil (kaviti) pada gigi yang berwarna kecoklatan, dan warna nya akan menjadi semakin gelap. Apabila proses ini itdak terhenti, gejala ini akan menular hingga ke saraf gigi (pulpa) dan menyebabkan kesakitan gigi serta jangkitan dan nanah pada gusi. Di saat itu anak anda akan kerap menangis, kurang makan dan terganggu tidurnya. Pastinya emosi anak-anak ini dan ibubapa sendiri akan terganggu.

Semestinya juga apabila anak kecil ini mengalami kesakitan, adalah amat sukar untuk mereka bekerjasama untuk membenarkan rawatan pergigian dijalankan dengan baik. Terutamanya apabila ibu bapa mengambil sikap acuh tak acuh hanya berjumpa doctor gigi kanak-kanak apabila terdesak. Banyak keadan ibubapa cuba mendapatkan rawatan apabila keaadan sudah terlalu lewat, dan gigi anak kecil itu tidak dapat diselamatkan. Sering juga rawatan tidak dapat dilakukan di kerusi pergigian tetapi berakhir di dewan bedah di mana anak kecil ini perlu dibius. Ingatlah tidak semua anak kecil boleh bekerjasama untuk menjalankan rawatan pergigian apatah lagi apabila di dalam kesakitan.

Oleh itu jadikanlah musim perayaan ini titik tolak untuk berubah, supaya ianya disambut bukan sahaja dengan kemeriahan tetapi juga dengan iltizam menjaga kesihatan pergigian dan kebahagiaan anak kecil anda. Jangan tunggu sehingga terlambat dan menghadapi penyesalan. Ingatlah senyuman yang manis dengan gigi lengkap putih berseri juga adalah satu sedekah. Ia juga mencerminkan sikap prihatin dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak kecil mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd