Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Radzi Jidin Akan Dipanggil SPRM, Nafi Dakwaan Kes Rasuah RM80 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil untuk membantu siasatan mengenai projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung dakwaan rasuah berkenaan.

“Ada kemungkinan besar (dipanggil) tetapi bukan sekarang,” katanya.

Foto: BERNAMA

Kelmarin, bekas setiausaha politik Radzi antara dua ditahan berkait rasuah projek itu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sebelum ditahan reman bermula hari ini sehingga 26 September.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/DrRadziJidin/posts/pfbid08VSmtafF4YNfgNt6qQu2nAgnhVVzAv5cSbr8RvWcL2ehFFJ9c4mN52iZfok3umptl

Justeru, Radzi tampil dengan satu kenyataan menafikan beliau mempunyai kaitan ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan bahawa isterinya Balkis Syeikh Zakaria juga tiada kaitan berhubung dakwaan terbabit.

https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/805466051360348/

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada mesej viral di mana-mana yang mendakwa kita menerima RM80 juta daripada satu rundingan terus membabitkan penerbitan atau cetakan buku J-Qaf prasekolah dan dikatakan proksi syarikat membabitkan isteri saya.
“Disebut isteri saya seorang kerabat diraja dan seorang Tengku, jadi saya mahu jelaskan di sini isteri saya bernama Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar.
“Kalau sahabat-sahabat di Kedah tentulah kenal (bapanya) salah seorang ulama besar negeri Kedah yang banyak menerbitkan buku-buku dan banyak bersiar di radio waktu itu,” katanya dalam satu videeo di laman Facebook.

Terdahulu, nama Radzi menjadi ‘panas’ di media sosial selepas didakwa menganggu Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 pada Selasa lalu.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz), Facebook Dr Radzi Jidin

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd