Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pupuk Perkembangan Penggunaan 5.5G Dalam Negara, Maxis Dan Huawei Tandatangan MoU

Maxis Bhd dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam program mempercepatkan penerimagunaan 5G-Advanced (5.5G).

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata, Maxis mengalu-alukan peluang untuk membangunkan penyelesaian yang memberi impak bermakna dengan memanfaatkan teknologi 5.5G.

Foto: Berita Harian

“Ini termasuk peningkatan dalam kelajuan, kapasiti sambungan besar-besaran dan penambahbaikan dalam kependaman yang ditawarkan oleh 5.5G untuk menyediakan penyelesaian yang membawa faedah dan pengalaman pelanggan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun pula berkata, syarikat itu teruja untuk bekerjasama dengan Maxis untuk memperluaskan lagi peluang komersial 5.5G.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerjasama ini akan memastikan Malaysia dikenali di persada global sebagai peneraju infrastruktur digital serantau, selain turut membuktikan bahawa kemudahan digital dan persekitaran kondusif Malaysia adalah antara yang terbaik untuk menarik dan mengekalkan minat pelabur asing,” ujarnya.

Mereka berkata demikian semasa menandatangai MoU di Kongres Mudah Alih Dunia 2024 yang disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din baru-baru ini

Foto: Lowyat

Kerjasama MoU ini merangkumi pelbagai bidang untuk memacu pengkomersialan dan penggunaan 5.5G termasuk kes penggunaan, teknologi-teknologi utama, evolusi teknologi, dan ekosistem.

Maxis dan Huawei akan bekerja dengan penyedia penyelesaian untuk mendorong aplikasi dan inovasi dan meneroka inisiatif bagi menggalakkan penggunaan serta pemindahan ke ekosistem 5.5G.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua syarikat juga akan memanfaatkan cerapan rangkaian 5.5G untuk mengenal pasti peluang dalam penyelesaian dan pengoptimuman perniagaan yang diupayakan oleh 5G dan 5.5G untuk pengguna serta perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sebagai peserta ekosistem utama, Maxis dan Huawei akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan berkenaan 5.5G yang seterusnya memberi cadangan sejajar dengan kes perniagaan dan kesediaan ekosistem.

Langkah ini akan diselaraskan dengan dasar kerajaan agar dapat memupuk perkembangan 5.5G di dalam negara.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd