Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Promosi Lauk B*bi, Penghinaan Kepada Industri Nasi Kandar – PRESMA

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kesal dengan satu video tular di media sosial yang mempromosikan nasi kandar dengan hidangan babi.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dalam satu kenyataan berkata, tindakan menjual nasi kandar bersama daging babi dianggap penghinaan kepada industri itu, lapor Harian Metro.

Foto: Sepatahdua.My

Hal ini kerana, industri nasi kandar merupakan industri yang dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: ‘Influencer’ Tak Puas Hati, Pergi Negara Mana Pun Teringat Makanan Malaysia

Menurut beliau, video tersebut juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan pengemar nasi kandar.

“PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.

“Justeru, PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas dari bahan dilarang dalam Islam,” katanya.

Tambahnya, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan untuk mementingkan sensitiviti dalam menghasilkan kandungan kreatif.

“Kepada mana-mana pencipta kandungan, mereka perlu lebih sensitif dan perlu mengambil kira soal makanan yang selama ini dikaitkan dengan orang Islam,” ujarnya.
@eat.with.aishwarrya

📍Pumbaa’s @ Damansara Jaya 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚’𝐬 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐏𝐨𝐫𝐤 𝐍𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 🐷🔥 𝐍𝐚𝐬𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐲𝐥𝐞 𝐀𝐯𝐚𝐢𝐥𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐭𝐨𝐨! 😮‍💨 Opening Hours: 7.30am till 4pm (open Tue-Sun) They serve the best Pork Nasi Kandar & Nasi Lemak 😍😍🔥 The legendary man behind Kadei by Manchula has now opened a new stall located in @goodolddays. His food is the bomb if you don’t already know 😆 I was so excited so try out Mr Suresh’s new venture especially with the added porky touch to it 🐽 and it did not disappoint 💯 I was so hyped up for it bcos where can you find a non halal Nasi Kandar right? 😜 The curries were great and the pork varuval was so delicious 😋 It was tender and the best part is they remove the fatty layer so you get only tender chunks of pork meat 😩👍🏻 Honestly, it’s the best out there and y’all should try it for yourself 🔥 The sambal also packs a punch (not too spicy) which explains why their Nasi lemak is porkfection! 🌶️ They also have various side dishes like their signature mutton varuval, juicy crispy fried chicken, aromatic chicken rendang, sambal sotong and many more 🤩 They really take Nasi kandar and Nasi lemak to the next level 🫡 ‼️ Strictly non halal ‼️𝐄𝐕𝐄𝐑𝐘 𝐏𝐎𝐑𝐊 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑’𝐒 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌 😍🐽 Go try it for yourself 😋 #nasilemakviral #nasilemakakka #nasikandarmalaysia #nasikandarpenang #nasikandarbendiganimaju #nasikandarviral #makananviralmalaysia #makananviraltiktok #klfoodie #porkvaruvel #wildboarperathal #indianfood #indianfoodmalaysia #bananaleafrice

♬ Naa Ready (From “Leo”) – Anirudh Ravichander & Thalapathy Vijay & Asal Kolaar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna yang menghasilkan kandungan reviu makanan di sekitar Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd