Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Umum Calon Malam Ini, Manakala PN 15 Jun

Calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bakal diumumkan malam ini, manakala Perikatan Nasional (PN) pula pada 15 Jun.

Memetik laporan Bernama, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara tersebut setelah mendapat persetujuan pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia BN-PH yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Foto: Bernama

“Bagi maksud penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, mesyuarat memutuskan untuk melantik Rafizi Ramli dan Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sementara itu, Asyraf berkata, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Musa Sheikh Fadzir akan mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebagai Pengerusi Operasi Bersama PRK DUN Sungai Bakap.

Dalam pada itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengesahkan bahawa calon PRK yang bakal mewakili parti berkenaan akan diumumkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Penyandang yang meninggal dunia adalah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) PAS, jadi kita akan kekalkan begitu. Kerusi itu adalah kerusi PAS.
“Kita akan umumkan calon pada 15 Jun. Selepas itu, calon akan diberikan watikah untuk bertanding di bawah Perikatan Nasional,” ujarnya malam tadi.

Sekadar info, tarikh pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap telah ditetapkan pada 6 Julai ini manakala, penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai ini.

Sumber: Bernama, Berita Harian (Iylia Marsya Iskandar)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd