Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Prince Syed Pula Masuk Hospital, Tapi Netizen Dakwa Sekadar Wayang? – “Mata Tu Nampak Segar”

Selepas berdepan kemelut dengan keluarga mentua, pempengaruh dan usahawan Prince Syed Shahid dilihat terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.

Menerusi aplikasi TikTok, kakaknya yang dikenali sebagai Queen Syarifah Syah memuat naik sebuah video memaparkan Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed terbaring di atas katil hospital.

Dalam ruangan kapsyen, Queen Syarifah menitipkan doa agar pempengaruh berusia 33 tahun itu lekas sembuh dan tabah dalam menjalani dugaan serta berterima kasih kepada individu yang mendoakan kesembuhan adiknya.

“Semoga adikku cepat sembuh.. Kuat hadapi dugaan dan cabaran@Prince Syed Couture. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan,” tulisnya pada Ahad.

Pada masa yang sama, dia turut memaklumkan bahawa isteri Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak sudah dibenarkan keluar dari wad susulan masalah kesihatan yang dihadapi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adik iparku Fatin alhamdulillah dah keluar wad, moga semuanya sihat-sihat,” kongsinya lagi.

Prince Syed

Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi 13 saat itu menerima 4,500 komen dalam kalangan netizen, selain 11,900 tanda suka dengan 1.1 juta jumlah tontonan.

Artikel lain: Kekayaan Hanya Palsu? Adik Ipar Dedah Prince Syed Tayang Emas, Beg Tangan Tiruan

Rata-rata bagaimanapun meninggalkan komen berunsur sindiran dan menjadi bahan jenaka, mendakwa kononnya masalah kesihatan dialami Syed sekadar ‘wayang’ semata-mata.

Muka buat-buat sakit?

Prince Syed

Pandangan dah kosong

Prince Syed

Siapa sihir?

Prince Syed

Tak nampak botol drip

Prince Syed

Mata tu nampak segar

Prince Syed

Terdahulu, kemelut tercetus apabila seorang wanita yang mengaku sebagai ibu mentua Syed mendakwa anak perempuannya dan cucu dilarikan pempengaruh tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prince Syed

Wanita berkenaan turut mendakwa Syed berkahwin dengan anaknya sekadar menjadikan Fatin Syazwani tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik untuk menjual produk kurus.

Sumber: TikTok Queen Syarifah Syah

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Lokal

Empat individu termasuk ibu bapa mentua personaliti media sosial dikenali sebagai Prince Syed ditahan polis selepas berlaku insiden pergaduhan di kawasan perumahan Taman Bertih...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd