Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Lelaki Warga Asing Ganggu Pemandu Wanita – “Suspek Cuma Nak Cari Bini Dia”

Polis tahan lelaki warga asing yang didakwa terlibat dalam kejadian mengekori dan ganggu seorang pemandu wanita di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 35 tahun itu mengekori mangsa untuk mengesan isterinya yang keluar dari rumah.

Polis tahan lelaki warga asing ganggu pemandu wanita

Polis Tahan Warga Asing Ganggu Wanita

“Kami menerima satu rakaman yang tular memaparkan seorang wanita sedang memandu keretanya diekori oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki ketika berada di kawasan Kampung Melayu Majidee.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Unit Ronda Selatan (URS) Balai Polis Majidee telah berjaya mengesan dan menahan suspek.
“Soal siasat awal mendapati suspek menahan kereta secara rambang untuk melihat sama ada isterinya berada dalam kereta itu atau tidak. Setakat ini, dua kereta dilaporkan berdepan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Polis Siasat Video Tular Empat Individu Didakwa Berbual Mengenai Bahan Terlarang

Tambahnya, semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine disamping turut tinggal lebih masa di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Raub berkata suspek akan direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Seksyen 15(1)(c) Akta Imegresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Tahan Warga Asing Ganggu Wanita

Terdahulu, tular video lelaki warga asing yang memandu Proton Wira berwarna merah dikatakan mengekori pemandu wanita dan memaksa mangsa membuka tingkap atau pintu kereta.

Sumber: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd