Calon Parti Republikan, Donald Trump menang sekali lagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya memperoleh 270 undi elektoral, lapor portal berita The Hill, Washington, semalam.
Menurut laporan CNN, Trump memenangi 295 undi keseluruhan sekali gus melayakkannya menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk kali kedua selepas mencabar jawatan itu pada tahun 2017 hingga Januari 2021.
Ketika Trump memenangi jumlah undi elektoral itu, pencabarnya utamanya, Kamala Harris daripada Parti Demokrat terpaksa berpuas hati dengan memperoleh 230 undi elektoral.
Beliau jauh meninggalkan Harris sejak di peringkat awal lagi apabila media AS mengunjurkan kemenangan Trump di 20 negeri sebelum ini.
Republikan juga memperoleh undi minimum untuk menguasai Senat.
Foto: Instagram @anwaribrahim_my
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald J Trump atas kemenangan dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
“Bab baru ini membawa peluang yang diperbaharui, dan kami bersedia untuk maju dengan optimisme, kerjasama, dan tujuan bersama,” katanya.
Dalam ucapan menerusi kapsyen di media sosial Instagram rasmi milik beliau semalam, Anwar berkata AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik.
Foto: Adam Lobo TV
Katanya, sebagai pengerusi Asean pada tahun depan, Malaysia berharap AS dapat menghidupkan kembali penglibatannya dengan Asia Tenggara.
“Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruh besarnya untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine,” katanya.
Foto: Carian Google
Dalam kenyataan dalam bahasa Inggeris, Anwar berharap kerjasama rapat rapat dengan presiden AS akan memupuk manfaat bersama bagi rakyat kedua-dua negara kita.
Trump memperoleh kemenangan besar di Texas dan Ohio serta sebilangan negeri lain yang cenderung menyokong Parti Republikan.
Sumber: CNN, Instagram @anwaribrahim_my