Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Platform X Sekat Hantaran Berbaur Politik Jelang Pilihan Raya Umum India 2024

Platform media sosial X mengumumkan bahawa beberapa siaran di India yang mengandungi ucapan politik akan disekat daripada rakyat India sehingga pilihan raya umum selama enam minggu bermula Jumaat ini.

Menurut satu laporan ABP News Bureau, Pencipta X, Elon Musk dalam satu kenyataan berkata, beberapa hantaran mengandungi ucapan politik daripada ahli politik, parti politik dan calon yang dipilih telah disekat selepas diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Foto: Google

“Sebagai mematuhi arahan tersebut, kami telah menyekat beberapa hantaran untuk baki tempoh pilihan raya.
Walau bagaimanapun, kami tidak bersetuju dengan tindakan ini dan mengekalkan pendapat bahawa kebebasan bersuara harus diperluaskan melalui hantaran-hantaran itu dan ucapan ahli politik secara umum,” katanya.

Beliau juga berkata akan mematuhi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya menyekat hantaran pengguna yang menyebarkan maklumat salah berkaitan negara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menggesa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menerbitkan semua arahan pengundurannya pada masa hadapan,” ujar beliau.

Musk melalui hantaran di X turut berkongsi gambar perintah SPR yang menyatakan bahawa hantaran tersebut telah melanggar fasal (2) Bahagian 1 “Kelakuan Am” Tatakelakuan Model (MCC) untuk panduan parti politik dan calon.

Untuk makluman, Pilihan raya umum India 2024 dijadualkan diadakan pada Mei 2024 bertujuan untuk memilih ahli parlimen India menggantikan Lok Sabha ke-17 sebelum ini yang dijadualkan berakhir pada 16 Jun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Astro Awani

Terdapat 6 parti kebangsaan yang akan bertanding dalam pilihan raya umum India 2024 di mana kesemua parti ini membentuk pakatan dengan parti kebangsaan dan parti negeri kecuali Parti Bahujan Samaj.

Sumber: X GlobalAffairs, ABP News Bureau

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dibedah bagi mencabut 12 batang gigi selepas pemeriksaan pakar mendapati keseluruhan struktur giginya rosak teruk akibat karies botol susu, keadaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd