Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pilihan PN Di PRK Sungai Bakap Bukan Kesilapan, Abidin Dicalon Berdasarkan Kajian

PAS Pulau Pinang menegaskan pilihan untuk mempertaruhkan Abidin Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap adalah pilihan yang tepat.

Memetik laporan Malaysiakini, pilihan itu tidak salah walaupun mereka berdepan pelbagai tohmahan dan kritikan daripada pihak lawan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusof berkata Abidin dicalon bukan sahaja melalui tapisan pimpinan negeri dan pusat namun pemilihan itu turut berdasarkan kajian khusus.

Abidin dicalon berdasarkan kajian

Abidin Dicalon Berdasarkan Kajian

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak (silap pilih), sebenarnya kita menerima senarai pencalonan daripada pelbagai peringkat, selepas pihak PAS negeri buat tapisan dan senarai pendek dihantar kepada PAS pusat dan pusat tidak terus buat keputusan bahkan menghantar satu team untuk buat kajian di sini.
“Hasil daripada kajian itu kita dapati kecenderungan masyarakat di Sungai Bakap ini berkehendakan wakil rakyat yang boleh didamping. Ini suasana yang ada, sebab itu Abidin calon terbaik yang dipilih berdasarkan kepada kajian, bukan kita ambil begitu saja.
“Kita lihat bagaimana situasi dan keadaan masyarakat di Sungai Bakap ini mereka mahukan wakil yang berdamping dengan rakyat bersama membela masalah yang dihadapi mereka,” katanya ketika ditemui di program Sungai Bakap berselawat di Sungai Kechil, Nibong Tebal, malam tadi.

Artikel lain: Ahmad Maslan Nasihat Pengundi Sungai Bakap Pilih Calon Perpaduan

Muhammad Fauzi yang juga Adun Sungai Dua berkata pihaknya berpuas hati setakat ini dengan perjalanan kempen Abidin dan jentera Perikatan Nasional (PN) kerana ia mendapat sambutan yang baik daripada pengundi di kawasan itu.

Abidin Dicalon Berdasarkan Kajian

Foto: Kosmo Digital

Malah, menurut Muhammad Fauzi kempen PN di Sungai Bakap menunjukkan landskap baru kepada PN selepas menerima respon memberangsangkan daripada masyarakat bukan Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah kita dah pusing habis, dia pergi ke program-program dibuat untuk kita bertemu dengan semua lapisan pengundi, semua segmen jumpa. Abidin sebagai orang senang dapat sambutan masyarakat malah tak perlu kita perkenalkan lagi.
“Setakat ini kita berpuas hati Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan, hatta kita tak jangka masyarakat Tiong Hua dan India terima baik beliau dan ini satu lanskap yang baru.
“Maknanya mungkin ketakutan masyarakat non muslim kepada PAS atau PN, arlergik itu sudah mula berkurangan, satu petanda yang positif dan kita mengharapkan gelombang rakyat di Sungai Bakap ini akan dapat memberikan perkembangan yang baik di seluruh negara,” jelasnya.

Terdahulu, Abidin antara yang menerima kecaman selepas diumumkan mempunyai sijil ISO (Pertubuhan Antarabangsa untuk Piawaian).

Abidin Dicalon Berdasarkan Kajian

Foto: The Star

Bagaimanapun, Abidin menjelaskan perkara tersebut mempunyai sedikit kesilapan dan kemudian dimainkan oleh pihak lawan dengan naratif tertentu.

Selain itu, isu taraf pendidikan Abidin juga menjadi persoalan kerana perinciannya tidak ditonjolkan ketika dia diperkenalkan sebagai calon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Abidin akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dalam penentuan 6 Julai nanti.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali, Shahrin Aizat Noorshahrizam & Seth Akmal)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Nasional

Perusahaan Sosial Malaysia telah menerima pengiktirafan berganda oleh Social Enterprise World Forum (SEWF) pada Mac lalu sekali gus memberi peluang bagi Perusahaan Sosial Diakreditasi...

Dunia

Seorang datuk membongkar kematian cucu perempuannya yang maut dipukul oleh bapa tiri dan ibu kandung didakwa akibat tertumpahkan air minuman di kediaman mereka di...

Lokal

Usaha pencarian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang hilang semasa melaksanakan Op UKUR bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Limbang, Sarawak pada 18...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd