Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pertemuan Pilu! Kisah Bekas Banduan PhD Dapat Pengampunan Sultan Selangor

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada Selasa.

Dr. Malik Bin Yatam, 39, mencuri perhatian ramai apabila berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan semasa menjalani hukuman penjara, satu pencapaian pertama di negara ini.

Menerusi satu hantaran rasmi Istana Alam Shah di Facebook, Dr. Malik menerima pengampunan penuh daripada Sultan Sharafuddin sempena Hari Keputeraan Baginda pada 2024.

“Masih ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperolehi PhD semasa dalam penjara dan diberi pengampunan penuh oleh Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2024.
“Beliau adalah Dr. Malik Yatam. Hari ini (semalam) beliau menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor. Pertemuan berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu,” katanya.

Istana Alam Shah berkata, Dr. Malik menjalani Hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS) sejak 2001 ketika berusia 14 tahun, dan dibebaskan selepas 24 tahun penjara pada 11 Disember 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tempoh itu, Dr. Malik menumpukan masa menimba ilmu, membuktikan bahawa pendidikan mampu mengubah hidup walaupun selepas menghadapi cabaran yang amat berat.

“Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Dr. Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang,” ujarnya.

Difahamkan, pertemuan itu adalah kali pertama Sultan Sharafuddin menerima seorang bekas banduan yang diberi pengampunan dengan bertanyakan perkembangan hidup Dr. Malik selepas dibebaskan dan rancangan masa hadapan.

“Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan Baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.
“Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.
“Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup,” kongsi Istana Alam Shah.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd