Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Perkosa Anak Tiri: Lelaki Dituduh 11 Kes Rogol, 12 Kes Amang Seksual Esok

Lelaki yang direman seminggu berhubung kes memperkosa anak tirinya dijangka berdepan 32 pertuduhan termasuk 11 kes rogol dan 12 kes melakukan amang seksual di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka esok.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 36 tahun itu direman untuk membantu siasatan kes rogol anak tirinya yang juga pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Jasin.

Zainol berkata, siasatan sudah selesai sebelum dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) bagi mendapatkan arahan lanjut semalam.

“Suspek dituduh atas 11 pertuduhan rogol mangsa bawah umur mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan (KK) dan 12 tuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Suspek juga akan dituduh atas lapan pertuduhan mengikut Seksyen 377 CA KK iaitu melakukan perhubungan seks menggunakan objek dan satu pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376(1) KK.
“Isteri suspek yang turut direman bagi membantu siasatan kes ini akan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan mendapati mangsa dirogol oleh suspek sejak awal Januari 2020 dan kejadian berlaku di bilik tidur remaja berkenaan pada tengah malam di rumah mereka di Taman Maju Jasin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa sedang tidur sebelum didatangi suspek yang bertindak menutup mulutnya dan merogol mangsa tanpa kerelaannya. Ketika kejadian ibu mangsa sedang tidur di biliknya,” ujarnya.

Difahamkan, ibu kandung mangsa mengetahui tentang perkara tersebut tetapi disyaki bersubahat menyembunyikan perbuatan jijik suspek.

Sumber: Berita Harian (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd