Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perkasa Usahawan Wanita, FutureMakers & MEREKA Perkenal Program WiE

Futuremakers oleh Standard Chartered kembali lagi dengan program yang akan memberi impak positif yang sangat besar kepada masyarakt terutama bagi golongan wanita di Malaysia.

Kali ini, Futuremakers berganding dengan Mereka Innovative Education (MEREKA) telah bersama-sama memperkenalkan Program Wanita dalam Keusahawanan (WiE) untuk melengkapkan organisasi yang dipimpin wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq Malaysia, Mohd Suhaimi Abdul Hamid berkata pihaknya percaya bahawa usahawan wanita mempunyai potensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi di Malaysia.

“Melalui program ini, kami bukan sahaja mahu membantu dalam kejayaan perniagaan mereka bahkan mereka juga akan dibekalkan dengan sumber, alat dan bimbingan yang diperlukan untuk membina perniagaan yang mampan,” katanya.

Tambah Mohd Suhaimi, pihaknya berharap program ini dapat membantu dalam kejayaan usahawan wanita disamping membekalkan sumber, alat dan bimbingan yang mereka perlukan dalam membina perniagaan yang mampan.

“Kami berharap kerjasama bersama MEREKA dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan wanita di luar sana yang mengimpikan pertumbuhan pasca COVID-19, yang mendesak lebih daripada 176,000 usahawan di seluruh negara hingga gulung tikar,” ujar beliau.

Program WiE dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Noor Afifah Abdul Razak di Mereka Space, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur pada Isnin.

Program ini terbuka kepada organisasi yang diterajui oleh wanita dan berpangkalan di Malaysia dengan produk minimum berdaya maju (MVP) serta model perniagaan yang jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program ini juga terdiri daripada webinar dan sesi pembentangan (pitching), yang akan melalui proses pemilihan kompetitif dan hanya 20 pasukan yang akan layak untuk menyertai kursus latihan intensif atau bootcamp.  

Selain itu, lima pasukan pemenang teratas akan menerima pembiayaan permulaan daripada dana sebanyak USD 100,000 dan menjalani sebuah program bimbingan khusus.

Mentor-mentor yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan akan membimbing pasukan yang bertuah ini selama enam bulan. 

Sementara itu, Pengarah MEREKA dan Ketua Pegawai Eksekutif Inisiatif Biji-Biji, Juliana Adam berkata pihaknya amat berbesar hati atas kerjasama tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Usahawan wanita menghadapi cabaran yang unik dari segi sokongan dan pembiayaan yang diperlukan bagi memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka.

“WiE direka untuk mengatasi rintangan ini dengan membekalkan akses terhadap sumber dan bimbingan yang diperlukan,” katanya.

Juliana berkata, dengan sokongan terhadap perniagaan yang diterajui wanita ini, program ini bukan sahaja dapat menyerlahkan potensi usahawan wanita, bahkan boleh memacu perubahan yang lebih positif serta pertumbuhan ekonomi di seluruh Malaysia.

“Bukan itu sahaja, kita juga pasti dapat merapatkan jurang antara jantina dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan ekuiti jantina dalam kalangan masyarakat melalui inisiatif ini,” tambahnya.

Permohonan bagi Program WiE kini dibuka sehingga hujung bulan September. Mana-mana pasukan yang berminat boleh memohon melalui lama web rasmi Women in Entrepreneurship di https://wie.mereka.my/.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd